Followers

Thursday, December 31, 2009

Dosa Jahiliyyah




Setiap insan pernah melakukan dosa dan setiap insan juga pernah melalui zaman jahiliyyah masing-masing.

Namun, setelah kesedaran timbul, pintu taubat Allah SWT sentiasa terbuka buat hamba-hambaNya.

Lantaran sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Nya yang tiada sempadan.

Tidak dinafikan setelah bertaubat, bayangan-bayangan silam kadang kala menghantui fikiran kita yangg lemah ini.

Kerana itulah janji iblis untuk menyesatkan manusia sehingga ke Hari Kiamat.



“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa
aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat)
di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali
hambahamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”.
(Al Hijr 15:39-40)


Justeru, sekiranya bayangan silam muncul kembali, sentiasalah beistighfar dan berzikir mengingati Allah SWT.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan aktiviti yang bermanfaat.

InsyaAllah bayangan silam tersebut tidak akan sempat menyinggah ke dalam kotak fikiran kita.

Syaitan itu sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyesatkan manusia.


.: Fatin Farhana bt Muntasir :.
-Ampang, Kuala Lumpur-

Tuesday, December 29, 2009

La Takrobu Zina !



Langkah-langkah bermulanya ZINA:

1)Pandangan mata bertembung antara satu sama lain

2)Mengucapkan salam

3)Perbualan/sms/surat-menyurat

4)Mula berjanji

5)Mengadakan pertemuan

6)Bersentuhan

7)Bermulanya zina

Dari titisan yang pertama:

-Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
-Nabi amat menghargai wanita
-Dijadikan dari tulang rusuk untuk dilindungi
-Bukan dijadikan perhiasan

-Seluruh tubuh badannya digilai oleh lelaki
-Wanita adalah insan yang tersangat istimewa
-Jangan terperangkap dengan janji manis kaum lelaki
-Wanita kena ada ilmu al-Quran

-Kena rasa yang ALLAH benar-benar wujud di dalam hati
-Perempuan yang baik membina lelaki yang baik
-Bersyukur kerana dilahirkan sebagai muslimat
-Wanita yang duduk di bawah perlindungan adalah wanita yang berharga

Jangan bimbang, yakinlah ALLAH dah tentukan jodoh yang terbaik buat kita semua..

.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-

Serambi NISA'



`Kebajikan. Kemanusiaan. Kemasyarakatan`. NISA’ berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian, agensi kerajaan, media serta NGO dalam usaha NISA’ untuk berkhidmat kepada masyarakat. MISI NISA. NISA berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu & berakhlak mulia. Misi NISA' ini akan tercapai melalui program-program yang dirancang dengan teliti, disemai dengan kasih sayang, dan disampaikan dengan penuh keikhlasan. KEAHLIAN NISA' Wanita berusia 15 - 40 tahun

p/s: nisa-selangor.blogspot.com

Monday, December 21, 2009

Lelaki Bersubang?


Dewasa ini budaya untuk kelihatan cantik tidak lagi tertumpu kepada wanita sahaja, malahan kaum lelaki juga telah cuba-cuba untuk lebih kelihatan cantik. Tidak hairanlah jika kita dapat melihat muka lelaki yang licin bak telur yang dikupas. Seperkara lagi yang lebih dibanggakan ialah bertindik. Ia telah menular kepada golongan remaja masa kini.

Anak muda masa kini bertindik hanyalah semata-mata untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Kononnya ingin mengikut arus moden. Dalam ertikata lain mereka takut dikatakan ketinggalan, bak kata orang tak "up to date". Lebih hebat lagi bertindik tidak hanya di telinga dan hidung semata-mata malahan telah menular di pusat, atas kening, lidah dan juga di bawah bibir. Kita seolah-olah bangga dengan budaya Barat ini dan megah jika berjaya menirunya.

Berhias untuk kelihatan cantik tidak di larang di dalam Islam. Namun bentuk perhiasan yang digunakan perlulah di ambil perhatian agar ia tidak bertentangan dengan garis panduan yang di tetapkan oleh syara'.

Bersyukurlah dengan nikmat kurniaan TUHAN (",)

.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-

Perhubungan Angkat Jangan Sampai 'Terangkat'

Dalam Islam, semasa zaman hijrah memang ada hubungan angkat itu, iaitu persahabatan yang akrab dijalinkan antara orang Ansar dan Muhajirin. Tetapi ia lebih kepada lelaki sesama lelaki atau perempuan sesama perempuan.

Dari satu segi, kebaikannya dapat mewujudkan satu pertanggung jawaban dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Hubungan angkat antara lelaki perempuan juga tidak salah, selagi menjaga syariat adab dan tidaklah dihalalkan (haram) sehingga bebas keluar ke mana-mana bersama.

Selama mana di sana ada lelaki dan perempuan, maka haruslah menjaga batasan yang ditetapkan oleh syariat. Walaupun niatnya untuk menjaga keselamatan, kebaikan dan kebajikan, namun haruslah dengan batasan atau disertai dengan mahram.=)

cukuplah hanya Allah sebagai pelindung kita

"HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKIL"

.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-