Followers

Saturday, August 21, 2010

RAMADAN KAREEM !!!...^-^

MENJAGA KESUCIAN HATI, MENYINGKIRKAN IRI DAN DENGKI


Demi mendapatkan keberkatan dan keutamaan Ramadan, seluruh jiwa dan jasad harus berpuasa. Bukan hanya fizikal atau jasad yang harus 'berpuasa' daripada makan dan minum atau melakukan hubungan biologi. Akan tetapi, hati dari segumpal darah yang peranannya sebagai kerajaan dalam diri kita perlu 'berpuasa'. Seringkali puasa dan amalan2 kebaikan pada bulan Ramadan menjadi tidak bernilai kerana HATI TIDAK BERPUASA.

Sebaliknya hanya jasad sahaja yang berpuasa,tetapi hati tidak pernah berpuasa daripada sikap keji seperti amarah, iri hati, dendam dan sebagainya. Bahkan disebabkan kegagalan hati untuk berpuasa sering menyebabkan anggota badan yang lain seperti mata dan telinga turut tidak berpuasa.

Hati yang tidak berpuasa adalah hati yang mengosongkan setiap ruangnya daripada sesuatu yang boleh merosakkannya seperti kesyirikan, kepercayaan kepada perkara batil dan menjauhkannya daripada bisikan jahat, niat buruk serta lintasan fikiran yang buas...

Hati orang beriman berpuasa daripada sifat2 buruk yang tersembunyi seperti sifat takbur yang memang tempat dan sarangnya ada di dalam hati. Apabila ia menetap di dalam hati, maka hati akan merasa sakit.

Hati orang yang beriman berpuasa daripada hasad, kerana ia dapat membatalkan amal soleh, menghilangkan cahaya hati, dan melambatkan perjalanannya menuju cahaya Allah swt.

Rasulullah SAW bersabda:

"Janganlah kalian saling berdengki dan saling membenci, saling mengutuk kekurangan dan janganlah kalian membeli sesuatu yang sedang ditawarkan oleh orang lain."

Malik bin Dinar berkata,

"Jika kamu mendapati hatimu keras, tubuhmu lemah dan rezekimu tersendat, maka ketahuilah sesungguhnya kamu telah membicarakan sesuatu yang tidak berguna bagi dirimu."

RAIKANLAH RAMADAN MU DENGAN PENUH RASA KESYUKURAN,
SEMOGA KITA SEMUA BERPELUANG BERTEMU RAMADAN YANG AKAN DATANG.!!
INSYA ALLAH ;)