Followers

Wednesday, March 16, 2011

Virus C1NT4


Topik yang ingin dibincangkan pada kali ini memang popular dalam kalangan muda- mudi. Bertali arus soalan mengenai CINTA sering diajukan kepada diriku dan sering kali juga meminta jalan penyelesaiannya.

Apalah daya diri ini untuk memberikan nasihat andai diri juga sering terleka dengan kelalaian dunia. Namun, diri cuba digagahi juga agar sahabat dan teman ku tidak mudah terpedaya dengan CINTA manusia yang bertunjangkan hawa nafsu semata.

****

Topik ini memang seperti tidak ada penghujungnya, meskipun beribu buih di mulut yang menghuraikannya, masih tidak akan habis persoalan yang ditimbulkan..MELAINKAN.. seluruh jiwa dan raga kita diserahkan kepada Yang Memiliki Hati iaitu Allah swt.


Sabda Rasulullah saw:
“Apabila Allah berkehendakkan kebaikan bagi hambaNya, maka akan
difakihkannya dengan agama, di zuhudkannya dengan dunia dan
diperlihatkan kesalahan kesalahannya”
(Riwayat Baihaqi dari Anas r.a)

Bukan Allah tidak tahu yang hatimu sering memikirkan si dia,
sering merindukan kehadirannya,
bayangannya juga sering singgah di minda mu,
kenapa ini semua terjadi?

Kerana ianya FITRAH. Setiap fitrah ada peraturannya.

Kenapa ada peraturan pula?

Supaya fitrah ini tersalur secara mulia dan diredhai Nya.
***

Sesungguhnya syaitan adalah musuh kita yang nyata, yang sentiasa menyerukan kepada kesesatan dan kehancuran, yang sentiasa membaluti kemungkaran dengan kebajikan untuk mengaburi mata sekalian manusia kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas.

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa
aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat)
di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali
hambahamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”.
(Al Hijr 15:39-40)


" dah tu, macam mana kita nak elak supaya CINTA ni tidak menyebabkan berlakunya zina? "

Tundukkanlah pandangan matamu duhai teman, kerana segalanya bermula dengan mata kemudian turun ke hati.

” Katakanlah kepada orang laki laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih
suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka
perbuat”.
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.. .”
(An Nuur 24:30-31)

Berjayanya engkau menundukkan pandangan matamu, berjaya jugalah engkau menundukkan hawa nafsumu.
Sekali engkau berjaya melakukannya, selamanya engkau akan terasa puas, kerana.. engkau MENANG terhadap bisikan dan hasutan syaitan durjana. Engkau telah menang dalam Mujahadah Nafsumu. Kerana setiap pandangan yang tidak terjaga itu merupakan lemparan panahan syaitan terhadapmu.

***

" kalau Fatin yang terkena virus CINTA ni, apa yang Fatin akan buat? "

Soalan ini kerap kali ditanya diakhir perbincangan, maka ianya juga merupakan perbincangan yang terakhir dalam topik ini. :)

Kalau Fatin yang terkena ???

Buat selamba je dengan perasaan tu, (>.<) sebab...

" bila cinta menguasai diri, diri akan menjadi bingung, jiwa menjadi resah dan gundah-gulana, banyak urusan tergendala, merebaknya rasa malas, membarahnya rasa segan bila bertemu dengan si dia, jiwa menjadi kacau bila bayangannya kerap kali hadir, angan-angan 'hiperbola' mula tercipta, cinta yang disangka bahagia di jiwa pada mula ia hadir akan menjadi satu beban apabila jiwa mula merindui.."

Sebab itu Fatin sedaya upaya cuba mengelak daripada mengalami masalah seperti di atas, kerana jiwa tidak sanggup menanggung beban-beban yang akan dirasai bila cinta manusia mula hadir ke dalam diri.

Pernah diri dianggap sebagai 'lesbian' kerana menolak semua perasaan ini...
Pernah juga diri merasa seperti 'makhluk asing' yang terdampar di bumi...
Pernah diri diketepikan apabila berbual mengenai 'couple'...

Tetapi..kalam Allah swt itu sering menjadi penyimbah kepada api kedukaan dan kesedihan di jiwa..

“Katakanlah: “Jika kamu (benar benar) mencintai Allah, ikutilah aku
(Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosamu.” Allah
Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Ali Imran 3:31)

” Dan di antara manusia ada orang orang yang menyembah tandingan-tandingan
selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah.
Adapun orang orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika
seandainya orang orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka
melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah
semuanya dan bahawa Allah amat berat siksaanNya (niscaya mereka
menyesal).”
(Al Baqarah 2:165)

Meskipun diri cuba mengelak dengan pelbagai perisai dan tembok keegoan, dan andai diri terjebak juga dengan kehadiran cinta.

Ambillah apa yang dikatakan oleh Ustazah Fatimah Syarha :

" Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan MUJAHADAH. Apabila 'angau' bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa, sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina diri "

Cinta yang hadir membuatkan maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah Nur dengan kegelapan. Hati memberontak tatkala mendengar kebenaran yang disampaikan.

Duhai hati, takutlah dikau kepada syirik cinta!
Aku tidak sanggup memiliki hati yang mati...(T_T)

” Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu
mengikuti agama mereka. Katakanlah: ”Sesungguhnya petunjuk Allah itulah
petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka
setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi
pelindung dan penolong bagimu”.
(Al Baqarah 2:120)

Namun, jika diri ini tetap juga tersungkur, anda semua sebagai sahabatku yang dikasihi, segeralah menyambut tangan ini kembali untuk berdiri semula, kerana ujian Allah itu tidak dapat diduga, kita sebagai hamba hanya mampu berdoa agar diri terselamat dari segala maksiat dan zina.
Firman Allah swt dalam surah al-Ankabut :
" Apakah kamu mengira kamu akan dibiarkan berkata kami telah beriman sedangkan kamu belum diuji? "

.: Fatin Farhana bt Muntasir :.
-Ampang, Kuala Lumpur-