Followers

Sunday, January 24, 2010

Cinta ALLAH



Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-​hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan.​.​takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Ilahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

Wednesday, January 20, 2010

Mencari Cinta Allah




NOTA CINTA..

Andainya dapat ku menulis nota-nota cinta buat diri Nya,
Ingin ku titipkan bersama semua kuntuman bunga yang indah berseri,
Ku sembur haruman mewangi bersama kata-kata puji,
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku menjalin ikatan menuju ke Syurga,

Cinta ku kepada DIA,
Rinduku hanya pada NYA,
Kasihku tulus buat NYA,
Setia ku balas kasih NYA,
Kasih ku kasih yang setia pada yang punya,

Dambaku pada Yang Esa,
Pujian hanya buat Nya,
Akur ku kebesaran Nya,
Teragung Maha Suci Nya,
Taat ku hamba yang hina pada Pencipta,

Kiranya aku hilang arah,
Jalan hidupku berubah punah,
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah,
Belas rahmat Nya terus mencurah-curah,
Nur hidayah Nya semakin cerah..

p/s: lirik lagu dari kumpulan SAUJANA..

Sunday, January 10, 2010

Selamat Ulang Tahun



Hari ini,10 Januari 2010,bermakna genap 79 tahun umur Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Mudah-mudahan,dengan umur yang diberikan tuhan ini,dipenuhi dengan amalan-amalan ketaqwaan kepada Allah.Juga,menjadi contoh dan tauladan bagi umat Islam di Malaysia dan di dunia Amnya dan boleh terus memimpin Parti Islam Semalaysia.We love you Tok Guru..

Sunday, January 3, 2010

Ukhuwah Fillah



Sesungguhnya persaudaraan dan persatuan merupakan buah dari ketinggian akhlak dan tafarruq(perselisihan)merupakan akibat dari kerendahan akhlak.

Akhlak yang baik membuahkan rasa saling cinta, saling bersatu dan saling memberikan manfaat sedangkan akhlak yang buruk akan mendorong rasa saling membenci, saling mendengki dan saling mencelakakan.

Ketinggian akhlak akan menimbulkan rasa persaudaraan dan rasa persatuan sehingga akan menimbulkan kedamaian dan ketenteraman...

Dalam satu hadis Rasulullah saw:-

Dari Umar bin Khattab ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda;

"Sesungguhnya sebahagian dari hamba Allah terdapat sekelompok manusia.

Mereka itu bukan dari golongan Nabi dan tidak pula dari golongan syuhada, akan tetapi para Nabi dan syuhada merasa iri atas kedudukan mereka di sisi Allah.

Mereka berkata:
"Hai Rasulullah, tolong beritahu siapakah mereka itu?"

kemudian jawab Baginda:
"Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai kerana Allah bukan atas dasar hubungan keturunan di antara mereka, dan juga bukan kerana wang yang mereka berikan. Maka demi Allah sesungguhnya wajah mereka memancarkan cahaya, cahaya yang sangat terang. Mereka tidak merasa takut ketika orang lain merasa takut, dan mereka tidak merasa khawatir ketika orang lain dilanda kekhawatiran".

Kemudian Baginda mengatakan:

"Sesungguhnya wali-wali(kekasih) Allah itu tidak pernah merasa takut dan tidak pula merasa khawatir".

Hak persahabatan:

> Menolong dalam usaha melakukan ketaatan kepada Allah.

> Kerjasama dari sudut kejiwaan; merasakan keperluan sahabat, berusaha menunaikan keperluan sahabat; "Awak susah saya pun turut rasa susah".

> 6 perkara:- salam, memenuhi jemputan, memberi nasihat apabila sahabat meminta nasihat, ucap selamat selepas sahabat bersin, ziarah bila sahabat sakit, iring jenazah bila sahabat meninggal.

> Kemesraan, kasih sayang, saling membantu; jangan putus silaturrahim, jangan membenci, jangan berhasad dengki.

> Kesetiaan; doa, mempertahankan maruah.

'' Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara''