Followers

Friday, April 30, 2010

Aku tahu Engkau Tuhan ku

Aku tahu Engkau Tuhan ku
adalah cinta Agung
Aku pun mahu mencintaiMu
Aku tahu mencintaiMu
amat perlu

Ia kemuncak segala kebahagiaan
aku berusaha ke arah itu
tp cintaku pada Mu Tuhan
selalu terganggu

oh banyak yang datang m'ganggu
nafsuku dan syaitan terkutuk
dunia mempesona menggamit selalu
diwaktu itu...lupaku padaMu

cintaku jauh sekali
sekali sekala
datang juga...walaupn sedikit
terasa indahnya
kemudian lupa lg
adakalanya lupa ku pada-Mu
berpanjangan sekali
kemudian sekali sekala
sedar kembali Engkau cinta Agung...

Engkau patut di cintai
selepas itu ku lupa lagi
begitu cintaku kepadaMu Tuhan
dengan kelalaian silih berganti
oh Tuhan

Dengan hati yang sedih ini
tolongla aku dengan rahmat Mu
bantulah aku mencintaiMu
agar cinta yang palsu
terbunuh sendiri
itulah harapanku pada-Mu..

Saturday, April 24, 2010

Zalimnya kita kpd DIA..

Sahabatku,

Cuba kita istiqamah balik betapa zalimnya kita pada Allah,
Waktu solat kita tak bersih kan tubuh kita sebersih-bersihnya macam kita bersihkan badan kita waktu nak jumpa sesuatu yang dekat dihati kita.maksudnya waktu jumpa kekasih hati..kita betul –betul bersihkan tubuh kita sebab nak nampak sempurna depan dia dan tak ader kotoran..atau..kita nak pergi interview..kita tak nak aroma badan kita ni akan merosakkan peluang kita untuk berjaya dalam interview tu..kenapa tidak kita cuci betul –betul kotoran yang ada pada kita bila nak menghadap Allah?..astaghfirullah..

Cuba kita istiqamah balik betapa zalimnya kita pada Allah,
Waktu solat..punya la selekeh pakaian kita..tak macam kita pakai waktu nak pergi jumpa sesuatu yang dekat dihati kita..macam kekasih hati..kita kalau yang lelaki pakai pakaian yang berjenama..sebab ape..kebanyakkan perempuan itu dibutakan dengan material maka bila terpandang jenis lelaki yang bergaya penampilannya dan nampak kaya..hum..bertambah-tambahlah siperempuan suka..dan kalau perempuan pakai yang sebagus –bagusnya bila jumpa kekasih hati ..kenapa ? supaya Nampak menarik dihadapan silelaki yang matanya dibutakan dengan pesona si perempuan..hum..kalau nak pergi temuduga pun macam tu..boleh pula pakai pakaian yg sopan dan menyejukkan mata cantik dan Nampak kemas je..kenapa? supaya peluang Berjaya dalam temuduga tu mungkin lebih cerah..tapi kenapa tidak ketika kita menghadap Allah..? menyembahkan sujud kita padaNya..yang lelaki pakai kain pelikat yang lusuh tak pun jeans x berbasuh..kalau perempuan,,pakai..telekung..keluar rambut tak pun yang dah singkat.Cuma waktu hari raya waktu solat sunat..raya boleh pakai telekung baru..waktu pergi masjid..semua tu untuk siapa?.tapi mmg disunatkan pakai pakaian yg baharu waktu solat sunat aidilfitri..Cuma kan bagus kalau kita x terlalu berkira dengan Allah…dan pakai yang terbaik setiap kali sujud pada Dia..hum..cuba lihat betapa zalim kita pada Allah..


Cuba kita istiqamah balik betapa zalimnya kita pada Allah
Waktu dating dengan lelaki atau perempuan yang dah declare sebagai..kekasih hati kita secara tak sah..maksudnya tanpa nikah..waktu tu ader tak kita ingat Allah? Kalau kita ingat, nak declare pun takut sebab kita tahu couple tu mendekati zina..tapi masa waktu solat..kita waktu tu tengah mengadap Allah..tapi fikiran kita melayang pada si Dia..macam mana nak khusyuk solat? Dah tu siap lengah-lengahkan sebab nak jawab mesej si dia..takut merajuk….bagi yang lelaki jemaah di masjid atau surau kita dah jarang tak pun tak pegi langsung …sebab pe…? Sebab entahlah..mungkin siDia lebih penting, lebeh menjamin kebahgiaan kita..asyik pikir..takut kelakuan kita bagi kekasih hati marah..tapi pernah tak kita fikir pandangan Allah pada kita bila kita lengah-lengahkan waktu solat….pulak tu hanya kerana makhluk Allah yang lemah..sama je macam kita..tak bagi kebahagian dunia akhirat pun..dunia mungkin tapi tak jaminkan selama mana.


Cuba kita istiqamah balik betapa zalimnya kita pada Allah,
..minyak wangi..boleh kita beli mahal 2..sebab pe..nak wangi je bila dekat dengan siDia..tak pun depan umum tapi waktu solat…terkadang luper pakai..susah betul ye kita nak sujud pada Allah dalam keadaan yang terbaik yang boleh kita persembahkan..tapi beli minyak wangi kata nabi kita nabi Muhammad s.a.w tak membazir..sebab Aisyah r.a pun pakai minyak wangi yang terbaik..tapi ada adabnyer..kalau yang perempuan pakai la waktu solat kat rumah ,waktu dengan mahram dan kengkawan perempuan tapi jangan pakai sampai terbau oleh yang bukan muhrim sebab dosanya dah sama dengan penzina..

Cuba kita istiqamah balik betapa zalimnya kita pada Allah,
Beli majalah fitnah..boleh teliti baca siap ulang 2 lagi..tapi kenapa bahan-bahan ilmiah kita kedekut sangat nak beli..yang boleh dekatkan kita pada Allah? Bahkan ,mungkin dah jadi tradisi keluarga, surah yassin Cuma dibaca waktu malam jumaat..bagusla ..yang tu sekurang-kurang nye baca juga dan jadikan tradisi..yang tak amalkan? Kan bagus kalau keluarga mukmin tu jadikan tradisi baca al-quran tu secara jemaah..waktu malam ke seblum tido, tak pun waktu awal pagi..sebelum mulakan apa 2 aktiviti..dan sesibuk apa pun kita budayakan dengan membaca al-Quran..baru sejuk sikit hati –hati penghuni rumah tu.


Cuba kita istiqamah balik betapa zalimnya kita pada Allah

Waktu besday ke, tak pun ulang tahun perkenalan, dan yang paling zalim tentulah waktu valentine..kita sanggup habis kan banyak duit untuk bagi kejutan pada sidia kekasih hati..dan belikan hadiah yang terbaik supaya dia ingat terus pada kita..sanggup korbankan duit kita buat dia..tapi kenapa kita nak sedekah pun rasa berat sangat tangan nak masukkan kedalam poket dan ambil sedikit tuk dikongsi pada insan yang memerlukan? Walhal Allah dah janjikan pelaburan yang kita buat kat dunia ni pada jalan Allah tu sangat menguntungkan..bahkan keuntungan yang Allah janji tu ..subhanaallah..hebat..
Zalimnya kita pada Allah..kita kedekut betul nak korbankan harta kita pada jalan Dia tapi pada jalan maksiat..mudah sangat..wang tu mengalir macam air..ada kengkwan pun kita nak bagi hadiah tuk rapatkan ukhuwah pun berkira..harta kau harta aku, harta aku harta aku..tengok..manusia..lebih utamakan yang haram dari yang halal..sedangkan pekara yang haram atau halal dah jelas lagi nyata dan kalau ada unsur meragukan nabi suruh kita tinggalkan..ye bagi yang dah tau x de istilah kaple Islamic ok..tp yg masih ragu 2 status tu..sendiri fikirlah ye..


Cuba kita istiqamah balik betapa zalimnya kita pada Allah

Waktu kita ditimpa musibah..wah..suke hati je fikir..zalim nya Allah pada kita ..tapi kenapa kita x boleh sabar? Bile kene ujian skit dah gelabah..dah fikir dan syakwasangka yang buruk pada ujian Allah..sedangkan ujian tu datang sebagai teguran untuk kita dari Allah..tapi bila dengan kekasih hati boleh sabar..boleh faham..memahami, dia buat apa pun tak per..kita terima..sebab sayang..dari sini kita boleh nilai siapa sebenarnya yang kita utamakan…



>Catatan dari sahabat Facebook..khas ana kongsikan buat sahabat semua..

Sunday, April 18, 2010

Ujian Allah itu..

Salam Barakallahu Fik..

Sahabatku..Setiap kepahitan pasti akan ada kemanisan..Setiap kesulitan pasti akan ada kemudahan..itulah aturan yg Maha Pencipta..cukup sempurna..tidak Dia hanya ciptakan kesulitan tanpa kemudahan dan tidak hanya diciptakan kepahitan tanpa kemanisan...tapi kita sebagai manusia selalunya alpa dan leka..selalunya tidak bersyukur dan sentiasa mengeluh apabila ujian dan dugaan datang bertamu..sedangkan ujian dan dugaan itu adalah untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita pada Dia..

Kepahitan dan kesulitan dalam menempuh dugaan,ujian dan cabaran kehidupan itulah yg akhirnya akan membuahkan kemudahan dan kemanisan di hujungnya..kemanisan itu akan terasa terlalu indah jika bersabar menghadapi dugaan ujian dan cabaran kehidupan..Tnpa mengharungi kepayahan kita tidak akan merasa nikmat kemanisan..sama juga keadaannya bila kita jatuh sakit..jika tidak sakit kita tidak akan merasa manisnya nikmat sihat itu..dan pasti tidak akan mnghargainya...

Begitulah kehidupan...kesulitan kepayahan dan kepahitan dlm kehidupan sebenarnya mngajar erti kehidupan yg sebenar dan mnjadi guru dlm kehidupan yg mmberi pengalaman yg sgt berguna..Janganlah mengeluh jika waktu ini kita dilanda kesulitan dan kepahitan kerana pasti akan adanya kemudahan dan kemanisan..sabarlah menempuh dugaan hidup...Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan dugaan yg tidak mmpu dipikul oleh hambaNya...Kesulitan ini menunjukkan bahawa Dia sgt menyayangi diri kita...Bersyukurlah dgn setiap kesulitan yg datang...kerana yakinlah bahawa di akhirnya pasti akan ada kesenangan dan kemanisan...

Hasbunallahu wa ni'mal wakil..

Berikanlah Daku Kekuatan

Dari redha Allah,dtgnya keberkatan...

Di sini,aku masih terkapai2.
Aku bermuhasabah diri kembali.

Adakah perbuatan yg telah aku lakukan, Allah redha?
Adakah cara yg aku pilih ini betul?
Adakah aku sedang menjaga hubungan yg baik dgn Allah?
Adakah aku sedang menjaga hubungan yg baik sesama manusia?


Allah...
Saat ini,
aku kesedihan.
mengenangkan diriku yg penuh dosa.
Mengenangkan silap diri ini.
Aku tak ingin menyalahkan sesiapa,tetapi diri ini...

Allah...
Saat ini,
aku telah terleka lagi.
Aku yg kononnya mengaku yakinkan janjiMu,
Rupanya membelot.
Kerana aku melakukan lagi perbuatan itu....
Kini hatiku tak tenteram.
Aku gembira pada zahirnya,
namun berkecamuk di dasar jiwa.

Allah...
Berikanku kesempatan lagi.
Kekuatan lagi.
Sahabat yg memahami lebih ramai lg.
Bahkan ku harapkan,
agar diriku ini tidak lagi mementingkan diri sendiri...

RedhaMu matlamat utama.
Meski pengorbanan yg harus dituntut lagi.
Aku rela melakukannya.
Berikanku sedikit masa...
Berikan ku sedikit masa...

Aku ingin berubah.
Aku ingin bertegas.
Aku ingin mencintai mereka sebagaimana mereka mencintaiku.

Malang sekali aku,
Jika aku melupakan janji2ku.
Malang sekali,
Jika aku lupa janjiNya.
Malang sekali,
Jika aku kehilangan redhaNya...

Ku dambakan keredhaanNya.
Ku dambakan ketenangan.
Ku mohon dgn amat sangat,agar segalanya dipermudahkan...

Saturday, April 17, 2010

Ingatlah Allah Wahai Temanku

Allah menguji keikhlasan dalam kesendirian...

Allah memberi kedewasaan ketika masalah datang...

dan Allah melatih ketegaran dalam kesakitan...

hidup ini indah jika Allah selalu ada di hati kita....

Jika sendiri janganlah merasa sepi,
ada Allah yg sedang mengawasi...

Jika sedih jgn dipendam di hati,
ada Allah tempat berbagi...

Jika susah jgn jadi pilu,
ada Allah tempat mengadu...

Jika gagal jgn putus asa,
ada Allah tempat meminta...

Jika bahagia jgn jadi lupa,
ada Allah tempat memuja...

Ingatlah Allah selalu,..
nescaya Allah akan menjagamu wahai SAHABATKU..

Saturday, April 10, 2010

Mengubah Ciptaan Allah

Sabda Rasulullah saw :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّه



Maksudnya : “Allah MELAKNAT perempuan yang membuat tatu dan meminta di buat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah”




Seringkali kita melihat manusia pada zaman ini seperti sudah tidak ambil peduli mengenai hukum Allah. Terlalu mengikut budaya Barat sehingga lupa akan hukum-hukum yang telah di tetapkan di dalam al-Quran.

Kenapa perkara ini boleh berlaku?

Bila di maklumkan bahawa mengubah ciptaan Allah itu HARAM, ada sahaja alasan yang diberi. Memang di dunia ini penuh dengan 1 0001 alasan tapi di akhirat nanti, mampukah kita untuk mengungkap setiap alasan yang pernah kita lakukan ketika di dunia di hadapan PENCIPTA?

Bila di sebut sahaja KIAMAT, menggeletar kepala lutut apatah lagi bila bertemu dengan ALLAH SWT.

PENGUBAHAN YANG DIBENARKAN

• Memakai INAI dengan tujuan berubat hukumnya adalah SUNAT
• Pembedahan MATA untuk memulihkan kesihatan
• Pembedahan JANTUNG bertujuan untuk menyelamatkan nyawa
• Pembedahan BUAH PINGGANG untuk mengembalikan proses perkumuhan
• Membaiki GIGI yang ROSAK sama ada menanam gigi yang baru, menyamakan dan sebagainya untuk keselesaan

PENGUBAHAN YANG DIHARAMKAN

• Pembedahan PLASTIK untuk kecantikan semata-mata
• Mengubah JANTINA
• Mencabut atau mencukur BULU KENING
• Membesarkan PAYU DARA
• Memakai SUSUK

Hmm...mudah je kan hukum yang Allah dah tetapkan buat kita sebagai hambaNya?? Perkara ni susah sangat nak ikut sebab kita sebagai manusia tak pernah puas dengan apa yang ada. Antara faktor yang mendorong untuk mengubah ciptaan Allah :

• Tidak bersyukur dengan nikmat Allah
• Sombong dan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk
• Iman lemah dan kurang didikan agama
• Mengikut hawa nafsu
• Mengikut peredaran zaman



Jadi..sentiasa lah kita bersyukur dengan kejadian diri yang sudah cukup sempurna Allah berikan kepada kita. Nikmat yang DIA berikan terlalu banyak dan luas sehingga kita sebagai manusia ni pun tak mampu nak menghitungnya.

Andai ada kekurangan atau kecacatan dalam diri, itu bukanlah sebab musabab kita nak langgar larangan yang DIA dah tetapkan. Setiap yang Dia lakukan itu ada hikmah yang tersembunyi.

.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-