Followers

Monday, May 31, 2010

Semoga Dalam Lindungan Allah






DEMO BANTAH SERANGAN KE ATAS KONVOI LL4G PALESTIN
ANJURAN : DPP WP & DPP PUSAT
TARIKH : 4 JUN 2010
TEMPAT : KEDUTAAN AMERIKA
MASA : SELEPAS SOLAT JUMAAT
MARILAH PARA IKHWAN DAN IKHWANAT!!!HADIR BERSAMA NYATAKAN SOKONGAN ANTUM KPD RAKYAT PALESTIN DI GAZA!!!

Amanat terakhir Ketua Misi Konvoi
Lifeline4Gaza dari Malaysia, SdrNoorazman Bin Samsuddin sebelum
bertolak, “Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada –
teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat,
mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang
ada.”

Palestine telah lama dinodai, andai ada seorang Khalifah.. Demi Allah yang jiwaku di tangannya, takkan ada seorang pun musuh Islam yang dapat tidur dengan lena kecuali mereka bimbang dihapuskan tak kira siang atau malam.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt.

Terjemahan QUNUT NAZILAH:-

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka Ya Allah..

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka. Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang penuh Raksasa. Wahai Tuhan yang bersifat murka.

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab. Wahai Tuhan yang mengarakkan awan. Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab. Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Dan Menangkan kami ke atas mereka.

Ameen Ya Mujib..!Bersama kita doakan sahabat2 dan saudara seIslam kita di perairan Gaza yang di mana salah sebuah kapal telah dimaklumkan diserang melalui udara oleh israel la'natullah..Ayuh kita membaca Doa Qunut Nazilah ini..InsyaAllah..