CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

MARYAM PUTERI IMRAN


Maryam Binti Imran merupakan serikandi Islam yang mulia sehingga kisah hidupnya tercatat di dalam Al-Quran yang mulia. Beliau telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang taat dan patuh akan perintah Allah SWT.


Sebelum Maryam dilahirkan, ibu dan ayah Maryam telah bertahun-tahun lamanya menanti akan kelahiran seorang anak yang dapat menyerikan lagi kehidupan mereka berdua. Saban hari mereka memohon doa kepada Allah SWT agar dikurniakan cahaya mata.


Sebagai bukti ketulusan doa mereka, isteri Imran telah menguatkan lagi doa itu dengan bernazar kepada Allah SWT seraya berkata “ Ya Tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, apa (janin) yang dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi (kepada-Mu), maka terimalah (nazar itu) dariku. Sungguh Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui”.


Akhirnya Allah SWT telah menerima doa mereka berdua. Maka, ibu dan ayah Maryam berasa sungguh gembira akan nikmat yang telah dikurniakan Allah swt kepada mereka. Perasaan mereka yang selama ini sunyi, kini menjadi bersemarak oleh senyuman bahagia menantikan kehadiran seorang anak yang akan mengisi kehidupan mereka.


Takdir Allah SWT, ayah Maryam telah meninggal dunia ketika ibunya sedang mengandungkan Maryam.


Setelah Maryam dilahirkan, ibunya lantas menyerahkan Maryam kepada Nabi Zakaria yang merupakan bapa saudara Maryam sendiri. Maryam dibesarkan dan dipelihara oleh bapa saudarnya di dalam sebuah mihrab (bilik yang dikhususkan untuk beribadah) di Baitul Maqdis .Malah, Maryam juga diasuh sebagai tenaga pemelihara dan penjaga di sana. Hal ini kerana, ibu Maryam wajib menunaikan nazarnya kepada kepada Allah SWT untuk mengabdikan diri anaknya kepada Yang Esa.


Pada suatu hari, ketika Maryam semakin meningkat dewasa. Nabi Zakaria masuk ke dalam mihrab untuk menemui Maryam. Alangkah terkejutnya Nabi Zakaria apabila dia melihat pelbagai jenis makanan yang terdapat di sebelah Maryam.


Maka, Nabi Zakariya bertanya kepada Maryam, “ Dari mana engkau dapat makanan-makanan ini? ” Lalu Maryam menjawab pertanyaan bapa saudaranya dengan suara yang lembut “ Rezeki ini adalah daripada Allah swt, Sesungguhnya Allah SWT memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki tanpa perhitungan ”.



“ Dan ceritakanlah (Muhammad) kisah Maryam di dalam Kitab (al-Quran), (iaitu) ketika dia mengasingkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur (Baitul Maqdis) “

(Surah Maryam ayat 16)




Dalam ayat di atas menceritakan bahawa Maryam telah pergi ke sebuah tempat untuk mengasingkan diri daripada keluarganya.


Ketika Maryam sedang bersendirian, Allah SWT telah menghantar Malaikat Jibril untuk pergi menemui Maryam dalam bentuk rupa manusia yang sempurna. Maryam lantas berdoa kepada Allah swt, “ Sungguh aku berlindung kepada Tuhan Yang Maha Pengasih terhadapmu, jika engkau orang yang bertakwa “. Malaikat Jibril pun menjawab, “Sesungguhnya aku hanyalah utusan Tuhanmu, untuk menyampaikan anugerah kepadamu seorang anak lelaki yang suci “.


Maryam berkata, “ Bagaimana mungkin aku mempunyai anak lelaki, sedangkan tidak pernah ada seorang lelaki yang menyentuhku, dan aku bukan seorang penzina! “. Jibril pun berkata, “ Demikianlah Tuhanmu berfirman: “Hal itu adalah mudah bagi-Ku “.


Maka Maryam pun mengandung dengan kekuasaan Allah SWT. Lalu Maryam pergi mengasingkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh.

Ketika kandungan Maryam sudah cukup tempoh untuk dilahirkan, Maryam berasa sangat sakit. Dia menyandarkan tubuhnya di bawah pohon kurma. Seluruh tenaga Maryam telah digunakan untuk melahirkan seorang bayi lelaki yang sempurna sifatnya. Dengan izin Allah SWT, bayi itu dinamakan dengan nama Isa al-Masih as.


Maryam berasa begitu letih dan lapar selepas melahirkan Nabi Isa as. Lantas Allah SWT mengarahkan Malaikat Jibril untuk menyampaikan sesuatu berita kepada Maryam agar Maryam menggoncangkan pohon kurma dan minum air sungai yang sedang mengalir di bawahnya. Lalu Maryam menggoncangkan pohon kurma tersebut dan berguguranlah buah-buahan kurma yang telah masak di sisinya.


Allah SWT mengarahkan agar Maryam bernazar untuk berpuasa dan tidak bercakap dengan sesiapa pun sekiranya dia ternampak seseorang .

Kemudian, Maryam membawa bayinya, Isa a.s. bertemu dengan kaumnya. Maryam telah dihina dan difitnah oleh mereka kerana dia telah membawa pulang seorang bayi tanpa ayahnya di sisi.


Dengan izin Allah SWT, bayi Maryam, Isa a.s. telah berkata, “ Sesungguhnya aku hamba Allah SWT, Dia memberiku Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang Nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkahi di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepada ku (melaksanakan) solat dan (menuanaikan) zakat selama aku hidup, dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka, dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepada ku, pada hari kelahiranku, pada hari wafatku, dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali “.


Maryam puteri Imran a.s. merupakan wanita yang dimuliakan oleh Allah swt kerana telah melahirkan seorang nabi tanpa ayah di sisinya. Ini juga adalah berkat daripada ketaatan Maryam dalam beribadat kepada Allah SWT serta sentiasa menjaga kemaluannya daripada perbuatan zina. Wallahu alam..


.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-

7 comment:

:::KHALIFATULLAH::: said...

assalamualaikum..fatin
singgah cni..bce entry terbaru anti =)
syukran krn menulis sirah ini
mngingtkn..& meng'refresh' kmbali sirah yg smakin lama smkin dilupakan umat kini.

Fatin Farhana Muntasir said...

waalaikumussalam wbt...itqan zawwini :)
syukran sudi main singgah-singgah =)
alhamdulillah dapat sama-sama kita meng'refresh' kembali sirah-sirah di dalam al-Quran..:)

white rose said...

ASSALAMUALAIKUM...
SERONOK BACA KISAH MARYAM NI...

MOHON DI COPY YE...
SYUKRAN...

SALAM PERKENALAN

Fatin Farhana Muntasir said...

waalaikumussalam wbt...white rose:)
alhamdulillah,semoga mendapat ilmu yg bermanfaat setiap kali singgah ke sini:)
sila..sila..blog ni boleh di copy utk perkongsian ilmu:)

salam ukhuwah juga:)

Anonymous said...

anak perempuan ustaz juga bernama maryam

Fatin Farhana said...

Anonymous: semoga anak ust menjadi ank yg solehah spt srikandi maryam puteri imran,aminn..

humaira maira said...

maafkan saya...saya memohon izin ye

Post a Comment