Followers

Friday, March 26, 2010

KITA BOLEH ! !



Matlamat memberi motivasi dan motivasi memberi tenaga kepada kita semua untuk kita :

1. Melakukan apa yang mesti kita lakukan
2. Melakukannya ketika ianya patut dilakukan
3. Melakukannya samada kita suka atau pun tidak


Tanpa matlamat yang jelas, tiada apa yang jelas berlaku.
Bagi seorang pelajar, belajar tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran.

YAKIN!! dan PERCAYALAH!! bahawa kita sebenarnya boleh mencapai lebih daripada apa yang kita percaya kita boleh lakukan. Dengan menambahkan sedikit usaha lebih daripada kebiasaan kita akan mencapai hasil yang sedikit lebih dari kebiasaan.

Dengan mengulangkaji lebih sedikit dari kebiasaan kita boleh tambah lebih sedikit markah kita dalam peperiksaan.

Yang membezakan orang yang berjaya dengan orang yang gagal bukanlah kerana yang berjaya meletakkan matlamat yang lebih tinggi berbanding dengan yang gagal. Semua orang ingin berjaya.

Mereka yang berjaya sebenarnya beria-ia lebih lama berbanding dengan yang gagal. Mereka berjaya sebab mereka beria-ia berusaha sehingga mereka dapat apa yang mereka mahu.

Bila kita beria-ia, kita rasa lebih bertenaga. Maka kita lihat orang yang bermatlamat lebih bermotivasi sedangkan mereka yang tidak bermatlamat kelihatan kurang bermaya kerana hidup mereka tiada arah dan tujuan.

Mencapai kedudukan yang lebih baik memberi semangat kepada kita untuk terus bergerak untuk berusaha lebih lagi. Kata bijak pandai," Pergi sejauh yang anda boleh pergi. Bila anda sampai di sana anda akan nampak lebih jauh lagi". Ini menyebabkan orang yang berjaya terus berjaya manakala yang tidak bermatlamat terus kekal di tempat lama mereka. Mereka tidak bergerak.

Oleh itu jangan takut untuk bergerak perlahan, tapi takutlah jika kita tidak bergerak-gerak. Cerita arnab dan kura-kura menjadi contoh.

Tulis matlamat yang ingin kita capai.



Dengan menulis matlamat di dalam sebuah buku matlamat kita, ia memudahkan kita untuk melihatnya selalu. Tulis dan tampal di tempat yang boleh kita lihat selalu supaya kita sentiasa mengingatkan diri kita akan apa yang kita ingin capai. Tanpa menulisnya, kita sekejap ingat dan sekejap lupa. Ingat iklan biskut itu? Sekejap ada, sekejap tiada!

Dengan menulis matlamat kita dan melihatnya selalu, kita sebenarnya mencabar diri kita. Apabila ia turut dilihat oleh orang lain, kita akan meningkatkan cabaran itu.

Cabaran itu boleh mendesak kita untuk berusaha kerana kita tidak mahu mereka yang melihat matlamat kita memperlecehkan kita. Dengan membiarkan matlamat kita kekal di dalam kotak fikiran kita sahaja, kita menghilangkan cabaran itu.

Tanpa sebarang tekanan, kita tidak memaksa diri kita untuk bergerak. Sedikit tekanan sebenarnya baik untuk kita kerana tekanan boleh menyerlahkan kehebatan yang dikurniakan Nya kepada kita dengan lebih baik.

1 comment: