Followers

Sunday, April 18, 2010

Ujian Allah itu..

Salam Barakallahu Fik..

Sahabatku..Setiap kepahitan pasti akan ada kemanisan..Setiap kesulitan pasti akan ada kemudahan..itulah aturan yg Maha Pencipta..cukup sempurna..tidak Dia hanya ciptakan kesulitan tanpa kemudahan dan tidak hanya diciptakan kepahitan tanpa kemanisan...tapi kita sebagai manusia selalunya alpa dan leka..selalunya tidak bersyukur dan sentiasa mengeluh apabila ujian dan dugaan datang bertamu..sedangkan ujian dan dugaan itu adalah untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita pada Dia..

Kepahitan dan kesulitan dalam menempuh dugaan,ujian dan cabaran kehidupan itulah yg akhirnya akan membuahkan kemudahan dan kemanisan di hujungnya..kemanisan itu akan terasa terlalu indah jika bersabar menghadapi dugaan ujian dan cabaran kehidupan..Tnpa mengharungi kepayahan kita tidak akan merasa nikmat kemanisan..sama juga keadaannya bila kita jatuh sakit..jika tidak sakit kita tidak akan merasa manisnya nikmat sihat itu..dan pasti tidak akan mnghargainya...

Begitulah kehidupan...kesulitan kepayahan dan kepahitan dlm kehidupan sebenarnya mngajar erti kehidupan yg sebenar dan mnjadi guru dlm kehidupan yg mmberi pengalaman yg sgt berguna..Janganlah mengeluh jika waktu ini kita dilanda kesulitan dan kepahitan kerana pasti akan adanya kemudahan dan kemanisan..sabarlah menempuh dugaan hidup...Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan dugaan yg tidak mmpu dipikul oleh hambaNya...Kesulitan ini menunjukkan bahawa Dia sgt menyayangi diri kita...Bersyukurlah dgn setiap kesulitan yg datang...kerana yakinlah bahawa di akhirnya pasti akan ada kesenangan dan kemanisan...

Hasbunallahu wa ni'mal wakil..

No comments:

Post a Comment