Followers

Wednesday, January 5, 2011

Bisikan Syaitan Tentang Kejadian Allah


" Syaitan tanya, kalau semua benda ada Pencipta, siapa cipta Allah? "


Luah Imtisal dalam keberatan. Tangannya kelehitan terketar-ketar sebaik sahaja menuturkan pertanyaan itu.


" Sal, segeralah beristighfar kemudian meludah ke kiri tiga kali "


Pinta Asiah Yusra mengikut ajaran sunnah.


" Ok, katakanlah Allah itu ada Pencipta iaitu Tuhan A.
Tuhan A itu pun ada Pencipta iaitu Tuhan B.
Tuhan B pula ada Pencipta iaitu Tuhan C.
Dan seterusnya sampai Tuhan Y dicipta oleh Tuhan Z.
Sampai kat situ, siapa cipta Tuhan Z?

Persoalan ini takkan habis!
Tak logik dek akal pun.
Maha Suci Allah daripada mempunyai Pencipta.
Tiada sesiapa yang menciptakan-Nya.
Dialah awal dan akhir, sedia kala dan kekal.
Dia tak sama dengan makhluk! Dia tak sama! "


" Kalaulah setiap Tuhan ada Pencipta, berapa ramai Tuhan yang kita ada?
Tentu huru hara alam ni jadinya sebab ditadbir oleh ramai Tuhan.
Malah kepercayaan Tuhan ramai ni sama dengan kepercayaan orang Hindu.
Kalau kita faham macam tu, maknanya kita setuju dengan agama Hindu.
Tuhan mereka berpuluh ribu. Tak logik! "

" Mesti ada sesuatu kuasa yang zat-Nya tiada Pencipta kerana Dialah yang mencipta semua yang ada.

Dia pasti wujud, sedia kala, kekal, Dia lain daripada yang lain, berdiri sendiri, tiada awal dan akhir, Maha Melihat, Maha Mendengar dan dah tentu zat-Nya mempunyai sifat-sifat yang tak sama dengan makhluk.

Sifat yang layak bagi Pencipta dan Pentadbir alam maya ini tentu sifat-sifat yang luar biasa dan tak mampu ditangkap oleh pancaindera.

Fitrah manusia sendiri mengakui kebenaran ini ".

" Dia tak perlu pada yang lain.
Semua yang lain perlu dan hajat pada-Nya.

Ingat, Dia tak sama dengan makhluk.
Dia tak sama!

Kalau kita anggap Dia ada Pencipta bermakna Dia sama dengan makhluk.
Mustahil Pencipta sama dengan makhluk.
Dia tak sama! ".

***

.: Dipetik daripada Novel Tautan Hati :.

.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-

3 comments:

  1. assalamualaikum wbt ...alhamdulillah bermanfaat ....teruskan dengan coretan-coretan yang membuka minda InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...syukur apa yang dicari-cari selama ini telah ditemui...info tauhid yang sangat2 baik...:-)

    ReplyDelete
  3. saya mohon copy untuk di jadikan pengajaran bersama..

    ReplyDelete