Followers

Monday, February 28, 2011

Mengapa Menyembah Batu Empat Persegi Yang Bernama Kaa'abah?


Soalan ini pernah diajukan kepada diriku suatu ketika dahulu. Rakan yang bertanyakan hal ini merupakan penganut agama Buddha. Allah..terasa ilmu begitu cetek kerana tidak dapat menjawabnya dengan makna yang lebih jelas dan mendalam. Dan kini.... Alhamdulillah, InsyaAllah mampu menjawabnya berdasarkan ilmu.

Kaa'bah sebenarnya hanyalah kiblat, iaitu arah di mana kaum Muslim menghadapkan wajah mereka ketika menunaikan solat. Jadi ketika menunaikan solat, seorang Muslim sama sekali tidak menyembah kaa'bah yang tak lain hanyalah batu empat persegi. Sekali lagi, Muslim tidak menyembah kaa'bah. Yang disembah seorang Muslim hanyalah Allah, Tuhan seru sekalian alam. Yang diikrarkan seorang Muslim pertama kali sewaktu memeluk Islam adalah 'Aku bersaksi tidak ada Tuhan kecuali ALLAH dan MUHAMMAD adalah pesuruh Allah'.

Dalam Islam rukun ibadah semuanya diatur secara sempurna. Yang mengatur rukun ibadah itu adalah Allah. Rasulullah hanyalah utusan Allah yang memperjelaskan rukun ibadah itu kepada umat manusia. Tidak ada campur tangan manusia di dalam hal peraturan dan rukun ibdah kepada Allah.

Termasuk ke arah mana wajah ini harus dihadapkan ketika beribadah. Allah sendiri yang telah menentukan ke arah mana wajah hambaNya harus dihadapkan ketika beribadah kepadaNya. Di dalam al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 144, Allah berfirman :


" Sesungguhnya Kami sering melihat mukamu mengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan mukamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram dan dimana kamu berada palingkanlah mukamu ke arahnya."


Tujuan menghadap ke arah yang sama, iaitu ke arah kaa'bah adalah untuk menyatukan umat Islam di mana pun mereka berada. Jika tidak disatukan kiblatnya, umat Islam akan menjadi susah ketika melakukan solat berjemaah. Di dalam sebuah masjid, boleh terjadi ada yang bersolat mengahdap ke arah uatara, ada yang menghadap ke arah selatan, tenggara dan sebagainya. Ibadah solat menjadi tidak khusyuk. Penyatuan tidak mudah tercipta.

Demi menyatukan umat Islam di mana pun mereka berada, Allah memerintahkan umat Islam menghadap ke arah kaa'bah ketika menunaikan solat. Jika dia berada di sebelah utara kaa'bah, maka dia harus mengadap ke arah selatan.

Ok....

Orang yang pertama sekali menggambarkan peta dunia adalah orang Islam. Orang Islam menggambarkan peta dunia dengan petunjuk arah selatannya menghadap ke atas, manakala arah utaranya menghadap ke bawah. Justeru bangunan kaa'bah pula berada di tengah-tengahnya. Jadi mengikut pandangan orang Islam pada waktu itu, kaa'abah berada di tangah-tengah peta dunia. Kemudian para pelukis peta Barat menggambarkan pula dunia dengan cara terbalik, utara atas selatan bawah. Tetapi, alhamdulillah..kaa'bah tetap juga berada di bahagian tengah peta dunia. (^__^)

Terdapat satu riwayat menarik untuk dikongsikan..

Di kaa'bah ada sebiji batu hitam yang dipanggil Hajarul Aswad. Umar Bin Khattab ra. pernah berkata :


" Saya tahu engkau hanyalah sebuah batu yang tidak menguntungkan dan tidak merugikan. Jika aku tidak pernah melihat Rasulullah menyentuh kamu, maka aku tidak akan menyentuh kamu. "


Umar mengatakan bahawa Hajarul Aswad tidak lebih daripada sebiji batu yang tidak membawa keuntungan dan tidak pula membawa kerugian. Sekali lagi tidak lebih daripada sebiji batu. Tak ada seorang pun dikalangan umat Islam yang mengatakan bahawa batu-batu yang di susun menjadi kaa'bah itu adalah Tuhan.

Di zaman Rasulullah saw, sahabat yang bernama Bilal Bin Rabah berdiri diatas kaa'bah. Jikalau orang Islam menyembah kaa'bah, bagaimana mungkin seorang penyembah memijak-mijak Tuhan yang disembahNya??.. Bilal Bin Rabah berdiri memijak kaa'bah tidak menjadi masalah sebab kaa'bah hanyalah sebuah bangunan batu, tak kurang dan tak lebih dari itu.


Sumber rujukan : BUMI CINTA- Habiburrahman El-Shirazy

.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-



2 comments:

  1. Allah!!!
    bilakah kami dpt pergi ke rumah-MU???
    KAU permudahkanlah jalan kami Ya Allah

    ReplyDelete
  2. aminn..aminn..ya Allah..
    semoga kami dapat menjejakkan kaki dan beribadat di tanah suciMu.. mudah kan,mudah kan ya Allah..

    ReplyDelete