Followers

Sunday, May 20, 2012

wAniTa SoleHah iTu...



Wanita solehah itu,
Yang selalu terjaga tatkala yang lain sedang terlena,
Bermunajat kepada Sang Pemilik Hati dengan setulus jiwa,
Hatinya merintih atas segala dosa & maksiat di dunia,
Tiada yang lain tempat mengadu.


Wanita solehah itu,
Yang sering menyahut seruan dari Nya,
Walau diri terlalu sibuk dengan urusan dunia,
Dia pergi meninggalkannya buat seketika,
Demi bertemu Kekasih abadi.


Wanita solehah itu,
Yang rajin menghiasi waktu dhuha Nya,
Mendirikan solat sunat seikhlas hati,
Demi meraih rezeki dari Sang Kekasih,
Agar dipermudahkan segala urusan dunia.


Wanita solehah itu,
Yang lidahnya basah dengan berzikir,
Tidak ingin merasa diri keseorangan,
Sentiasa rasa Dia di sisi,
Alangkah tenangnya menjalani hidup seharian.


Wanita solehah itu,
Menjadikan malu perisai dirinya,
Agar diri tetap terpelihara,
Dari dipaut nafsu dunia,
Yang sering membawa kepada kebinasaan ummah.


Wanita solehah itu,
Tidak memandang dan tidak dipandang,
Panahan syaitan tiada terduga,
Andai hati sudah terjerat,
Jiwa merana sentiasa berduka.


Wanita solehah itu,
Menjadikan hidup sebagai wadah perjuangan,
Diri bangkit tatkala yang lain rebah,
Dalam melayari bahtera kehidupan,
Kerana Allah & Rasul tetap bersama.


Wanita solehah itu,
Lebih banyak mendengar dari berkata,
Nikmat Pencipta diguna sebaiknya,
Nasihat diberi tiap ketika,
Pada sahabat yang memerlukannya.


Wanita solehah itu,
Menerima ketentuan Nya dengan redha,
Kerana yakin adanya hikmah,
Di sebalik jendela kekecewaan,
Yang hanya sebentar cuma.


Wanita solehah itu,
Terlalu indah untuk digambarkan,
Terlalu sukar untuk diungkapkan,
Bahkan bidadari syurga turut cemburu,
Akan ketinggian akhlak dan peribadinya.


Mampukah aku menjadi dia?
Yang hidup dan mati sepenuhnya ,
Hanya untuk Ilahi tercinta?


Ya Allah, berikan aku kekuatan.
Untuk aku membasuh segala dosaku.
Dosa & maksiat yang tiada terkira.


Berikan aku kesempatan kedua,
untuk berubah menuju Mu kembali.
Meraih cinta Mu yang dahulu aku lupakan.
Ampuni aku ya Allah, Rabbul Izzati.

.: Fatin Farhana :.
Ampang Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment