Followers

Saturday, July 12, 2014

Chenta Ghazzah

8 Julai 2014 |  Perang 10 Ramadan

Seluruh dunia dikejutkan dengan peperangan yang meletus antara Ghazzah dan 'Israel'.

Tiada kata yang mampu diungkapkan apabila jari saya tidak berhenti untuk 'scroll newsfeed' di Facebook. Sebelum ni jarang bagi saya buka Facebook untuk jangka masa yang lama. Buka sekadar membaca status sahabat-sahabat yang 'update' isu semasa dan seumpamanya. Tapi kali ini berbeza. Setiap gambar, video dan status-status yang di 'update' terlalu bermakna buat saya. Sehinggakan pada hari pertama bumi Ghazzah diserang, hampir kesemua berita yang dibaca saya kongsikan di 'timeline' buat tatapan masyarakat. Antara laman Facebook yang sangat aktif meng'update' berita-berita di bumi Ghazzah ialah Aqsa Syarif, Aman Palestin dan Kisah Perjuangan Semalam.

Dan dalam waktu yang sama, dunia juga dikejutkan dengan kekalahan teruk yang menimpa ke atas pasukan Brazil menentang Jerman apabila tewas sebanyak 7-1. Saya sendiri pun agak terkejut walaupun saya kurang meminati dunia bola sepak. Ketika seluruh peminat bola sepak meraikan kegembiraan dan meraung kesedihan atas keputusan tersebut, bumi Ghazzah bermandikan darah mempertahankan tanah air mereka. Masyarakat dunia dibutakan dalam sekelip mata.

Ketika 'newsfeed' saya dipenuhi dengan berita-berita di bumi Ghazzah, saya sedikit kecewa dan kurang berminat untuk membaca status-status berkaitan isu bola sepak dunia. Maafkan saya. Memang tiada salahnya meraikan minat anda terhadap bola sepak. Pilihlah yang menjadi keutamaan di saat yang lain juga merupakan perkara yang utama. Teringat saya pada sebuah kisah yang dikongsikan di dalam buku 'Cinta di Rumah Hasan al-Banna'.

Pada tahun 1948, ketika pasukan Ikhwanul Muslimin terlibat dalam peperangan di Palestin. Ramai para al-Ikhwan yang telah gugur syahid dan itu membuatkan Imam Hasan al-Banna berasa teramat sedih. Pada suatu pagi, isteri Imam Hasan al-Banna ingin membuat roti bagi menyambut hari raya. Imam Hasan al-Banna lalu memandang isterinya seraya berkata,

"Wahai Ummu Wafa', apakah engkau akan tetap membuat roti sedangkan ada 12 orang al-Ikhwan yang gugur syahid di Palestin?" 

Kemudian Imam Hasan al-Banna meminta seorang pembantunya untuk mengemaskan semua peralatan membuat roti tersebut. Selepas itu, isteri beliau tidak lagi membuat roti di rumah itu bahkan sehingga Imam Hasan al-Banna meninggal dunia.

Lihatlah bagaimana tokoh mulia ini mendidik ahli keluarganya mengenai kesedaran terhadap dunia Islam. Kagum. Mampukah kita melakukan perkara yang sama? Muhasabah.

Bumi Palestin menjadi mangsa kekejaman dunia. Pada era kebangkitan Hitler yang berkuasa di Jerman, beliau telah menggunakan kuasanya dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap golongan Yahudi. Hitler telah membunuh beratus-ratus ribu orang Yahudi di Eropah. Rentetan daripada peristiwa ini, negara-negara Eropah merasa bersalah terhadap orang Yahudi kerana gagal menghalang Hitler dan tentera Jerman. Mereka dihantui sesalan yang tidak berkesudahan.

Bagi menebus rasa bersalah tersebut, mereka membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di atas bumi Palestin. Sekali lagi orang Islam menjadi mangsa sembelihan orang Yahudi selepas Perang Salib yang pertama di mana orang Islam menjadi mangsa sembelihan tentera Kristian. Orang Islam di Palestin diusir keluar dari tanah air mereka.

Segala bantuan kelengkapan perang oleh Amerika Syarikat diberikan kepada orang Yahudi. Segala usaha dalam mengutuk kekejaman atau mengenakan hukuman ke atas rejim Zionis akan segera disekat oleh Amerika Syarikat. Rejim Zionis semakin megah mendabik dada menyatakan bahawa mereka adalah bangsa yang istimewa.

Rakyat Palestin dikorbankan demi menebus sebuah kesalahan yang sepatutnya dipikul oleh penduduk Eropah. Orang lain yang membunuh, orang lain yang menjadi mangsa. Lihatlah kekejaman dunia.

Mulai pada saat ini, jom jadikan Qunut Nazilah sebagai bacaan yang wajib kepada diri kita. Alhamdulillah surau di kawasan rumah saya telah pun memulakan bacaan doa qunut nazilah ini bermula pada malam ke-13 Ramadan yang lepas. Bantulah apa yang mampu kita bantu kerana setiap kebaikan atau keburukan yang kita lakukan tetap akan dinilai di sisi Allah swt walau sebesar zarah sekali pun. Tak rugi kan?




Berdoalah semoga Briged al-Qassam yang merupakan sayap Hamas dan juga Briged-Briged lain yang sangat osem ini mampu menjatuhkan keegoan rejim Zionis. Mereka dilatih untuk tidak takut akan mati bahkan mencintai kematian. Hanya bahasa senjata mampu menyedarkan bangsa yang bongkak ini.

Doa. Boikot. Derma. Kempen. etc..

Lakukannya tanpa ragu. InsyaAllah ada nilainya di sisi Allah swt.

Walaupun usaha memboikot produk-produk Yahudi ini terasa begitu susah untuk dilakukan. Usahalah. Pilihlah selagi kita mampu membuat pilihan. Ketepikan nikmat dunia yang sementara ini untuk kesenangan yang kekal abadi di sana nanti. InsyaAllah. Kita mampu. Kerana kita kata kita Chenta Ghazzah :)


Fatin Farhana
Ampang, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment