Followers

Sunday, January 16, 2011

Antara Wasiat Rasulullah Kepada Muslimah

  • Jadilah engkau pesaing dalam kebaikan dan bersegeralah menjauhi keburukan
  • Perbanyakkanlah zikir dan sedekah
  • Bacalah al-Quran selalu dan jadikanlah ia sebagai tempat kembalinya dirimu
  • Jadilah orang yang selalu melaksanakan solat tepat pada waktunya dan melaksanakan solat sunat semampu mu
  • Jauhilah ghibah dan mengumpat keji serta memburukkan kehormatan sesama Muslimah
  • Jadilah wanita zuhud di dunia dan menyenangi kehidupan di akhirat
  • Jadilah wanita yang dapat dipercayai dan memegang amanah
  • Jagalah hatimu dari pelbagai macam syahwat dan syubhat

.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-

Wednesday, January 5, 2011

Bisikan Syaitan Tentang Kejadian Allah


" Syaitan tanya, kalau semua benda ada Pencipta, siapa cipta Allah? "


Luah Imtisal dalam keberatan. Tangannya kelehitan terketar-ketar sebaik sahaja menuturkan pertanyaan itu.


" Sal, segeralah beristighfar kemudian meludah ke kiri tiga kali "


Pinta Asiah Yusra mengikut ajaran sunnah.


" Ok, katakanlah Allah itu ada Pencipta iaitu Tuhan A.
Tuhan A itu pun ada Pencipta iaitu Tuhan B.
Tuhan B pula ada Pencipta iaitu Tuhan C.
Dan seterusnya sampai Tuhan Y dicipta oleh Tuhan Z.
Sampai kat situ, siapa cipta Tuhan Z?

Persoalan ini takkan habis!
Tak logik dek akal pun.
Maha Suci Allah daripada mempunyai Pencipta.
Tiada sesiapa yang menciptakan-Nya.
Dialah awal dan akhir, sedia kala dan kekal.
Dia tak sama dengan makhluk! Dia tak sama! "


" Kalaulah setiap Tuhan ada Pencipta, berapa ramai Tuhan yang kita ada?
Tentu huru hara alam ni jadinya sebab ditadbir oleh ramai Tuhan.
Malah kepercayaan Tuhan ramai ni sama dengan kepercayaan orang Hindu.
Kalau kita faham macam tu, maknanya kita setuju dengan agama Hindu.
Tuhan mereka berpuluh ribu. Tak logik! "

" Mesti ada sesuatu kuasa yang zat-Nya tiada Pencipta kerana Dialah yang mencipta semua yang ada.

Dia pasti wujud, sedia kala, kekal, Dia lain daripada yang lain, berdiri sendiri, tiada awal dan akhir, Maha Melihat, Maha Mendengar dan dah tentu zat-Nya mempunyai sifat-sifat yang tak sama dengan makhluk.

Sifat yang layak bagi Pencipta dan Pentadbir alam maya ini tentu sifat-sifat yang luar biasa dan tak mampu ditangkap oleh pancaindera.

Fitrah manusia sendiri mengakui kebenaran ini ".

" Dia tak perlu pada yang lain.
Semua yang lain perlu dan hajat pada-Nya.

Ingat, Dia tak sama dengan makhluk.
Dia tak sama!

Kalau kita anggap Dia ada Pencipta bermakna Dia sama dengan makhluk.
Mustahil Pencipta sama dengan makhluk.
Dia tak sama! ".

***

.: Dipetik daripada Novel Tautan Hati :.

.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-

Bisikan Syaitan Mengenai ZAT ALLAH

" Syaitan ni jahat betul. Dia nak suruh juga kita fikir tentang zat Allah. Allah tak bagi fikir zat Dia. Akal kita tak mampu nak sampai. Jauh sangat tu ".


Asiah Yusra mencapai al-Quran berkulit coklat tua kesayangannya.Dia membelek surah al-Sajdah.

" Kalau syaitan bawa gambaran Allah macam bukit, katakan itu bukit! Kalau datang dalam bentuk angin, katakan itu angin. Berhujahlah dengan syaitan. LAISA KAMISLIHI SYAI'. Dia tak sama dengan sesuatu apapun. Dia tak sama! "

"Imam Malik pernah menyebut, ketika menghuraikan tentang Allah bersemayam atau duduk di arasy. Duduk adalah maklum, tapi cara Allah duduk kita tak tahu. Bertanya tentangnya adalah bid'ah dan beriman dengannya adalah wajib ".

" Cuba Sal tengok kotak pensel ni. Sal tahu apa ada kat dalam? "


Asiah Yusra mencari inisiatif lain untuk mendalami suara hati Imtisal ketika itu. Dia memahami Imstisal sedang bergelut dengan gelora persoalan aqidah.

" Pensel lah "

Gaya bahasa Asiah Yusra berjaya menarik respon temannya.

" Salah. Yusra letak berus gigi. Tengok! ".

Asiah Yusra membuka zip kotak pensel untuk membuktikannya. Kelihatan sebatang berus gigi jenama Oral-B bewarna kuning di dalamnya.

" Siapa sangka?! Benda simple macam ni pun akal kita tak mampu nak fikir, apatah lagi nak fikir zat Allah. Dia tak sama dengan apa-apa sahaja yang ada di bumi ini. Akal kita tak mampu nak jangkau memikirkan zat Allah sebab ada hijab yang kita tak nampak. Jangan fikir! Fikir tentang ciptaan Allah ".

" Semu yang ada mesti ada Pencipta. Cuba Sal sebut apa-apa sahaja, tentu Sal dapat kaitkan dengan siapa Penciptanya. Mustahil ia terjadi sendiri ".

***


.: Dipetik daripada Novel Tautan HATI :.

.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-