Followers

Monday, December 21, 2009

Perhubungan Angkat Jangan Sampai 'Terangkat'

Dalam Islam, semasa zaman hijrah memang ada hubungan angkat itu, iaitu persahabatan yang akrab dijalinkan antara orang Ansar dan Muhajirin. Tetapi ia lebih kepada lelaki sesama lelaki atau perempuan sesama perempuan.

Dari satu segi, kebaikannya dapat mewujudkan satu pertanggung jawaban dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Hubungan angkat antara lelaki perempuan juga tidak salah, selagi menjaga syariat adab dan tidaklah dihalalkan (haram) sehingga bebas keluar ke mana-mana bersama.

Selama mana di sana ada lelaki dan perempuan, maka haruslah menjaga batasan yang ditetapkan oleh syariat. Walaupun niatnya untuk menjaga keselamatan, kebaikan dan kebajikan, namun haruslah dengan batasan atau disertai dengan mahram.=)

cukuplah hanya Allah sebagai pelindung kita

"HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKIL"

.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-

1 comment:

  1. Salam..
    Hubungan angkat berlainan jantina tidak digalakkan lagi-lagi pada usia remaja. Kerana ia boleh menjadi salah satu faktor berlakunya maksiat.Nauzubillah..pilih lah yang sama jantina dengan kita..moga kita dapat saling ingat-mengingati antara satu sama lain..dan ia juga selamat daripada fitnah..insyaAllah

    ReplyDelete