Followers

Thursday, December 31, 2009

Dosa Jahiliyyah




Setiap insan pernah melakukan dosa dan setiap insan juga pernah melalui zaman jahiliyyah masing-masing.

Namun, setelah kesedaran timbul, pintu taubat Allah SWT sentiasa terbuka buat hamba-hambaNya.

Lantaran sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Nya yang tiada sempadan.

Tidak dinafikan setelah bertaubat, bayangan-bayangan silam kadang kala menghantui fikiran kita yangg lemah ini.

Kerana itulah janji iblis untuk menyesatkan manusia sehingga ke Hari Kiamat.



“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa
aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat)
di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali
hambahamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”.
(Al Hijr 15:39-40)


Justeru, sekiranya bayangan silam muncul kembali, sentiasalah beistighfar dan berzikir mengingati Allah SWT.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan aktiviti yang bermanfaat.

InsyaAllah bayangan silam tersebut tidak akan sempat menyinggah ke dalam kotak fikiran kita.

Syaitan itu sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyesatkan manusia.


.: Fatin Farhana bt Muntasir :.
-Ampang, Kuala Lumpur-

No comments:

Post a Comment