Followers

Sunday, October 30, 2011

Jiwa Yang Sakit

Kadang-kadang diri letih dengan mainan dunia, sampaikan terasa macam nak menangis puas-puas, tapi tahan selagi boleh, sebab air mata tak boleh selesaikan masalah

“……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” – Yusuf:87

Diri ini tidak sesekali mahu mengeluh dengan ujian-ujian ini ya Allah, tetapi terkadang jiwa yang menanggung terasa begitu beban. Aku mesti kuat!

Kadang-kadang , aku menangis sendirian..

Menangis mengenangkan diri yang semakin hari semakin terasa jauh dari rahmat dan kasih sayang Mu. Aku bimbang, aku takut, aku sedih andai Kau yang selalu di sisi suatu ketika dahulu, pergi meninggalkan ku yang tenggelam dalam lautan dunia.

Aku di sini, sangat merindukan suasana tahajjud di sepertiga malam Mu,
Aku di sini, sangat merindukan bacaan Ma'thurat di pagi dan petang Mu,
Aku di sini, sangat merindukan alunan ayat suci Mu yang mengalir keluar dari bibirku di saban hari,
Aku di sini, sangat merindukan kata-kata semangat yang pernah aku perolehi dahulu,
Aku di sini, sangat merindukan saat mata bertemu dengan sahabat-sahabat yang ku kasihi,
Aku di sini, sangat merindukan ketenangan dan kelapangan masa untuk beribadah,
Aku di sini, sangat merindukan bacaan-bacaan ilmiah yang tersusun di rak buku milikku,

Ya Allah, di mana seharusnya aku melabuhkan rasa rindu ini..
Andai diri ini terlalu sibuk menguruskan hal-hal duniawi..

Aku tidak mahu menjadi semakin lemah,
Kembalikanlah semangat ku yang dahulu,

Seorang mujahidah kecil,
Yang selalu bersemangat dalam apa jua keadaan,
Yang selalu ceria dalam kehidupannya,
Yang ingin menjadi kuat tika yang lain kelemahan,

Aku takut dengan maksiat dan zina,
Di sini, iman ku kerap kali di uji,
Di setiap langkahan kaki ku,

Aku bimbang aku bepakaian bukan kerana Mu,
Aku bimbang aku menjadi insan yang lain,
Aku bimbang semua yang ku lakukan bukan lagi kerana Mu,

Ya Allah,
Disetiap sujud ku,
Kerap kali ku meminta agar Kau tidak meninggalkan ku,

Aku menangis dalam hati ku,
Kerana di saat ini,
Tiada insan yang mengerti apa yang sedang ku lalui,


Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan).

Fatin Farhana Bt Muntasir
-IPT Shah Alam-

No comments:

Post a Comment