Followers

Wednesday, July 23, 2014

Usrah Pertamaku

Segalanya bermula di sini...

Setiap kali mengahadiri usrah bersama murobbi saya, soalan yg kerap ditanya oleh beliau:

"Fatin dah buka cawangan sendiri?..."

"Sampai bila nak jadi mandul?....." erk!

Mandul yang tak sanggup dengar tu :3 Hari demi hari mencari kekuatan. Muhasabah diri. Mampu ke nak bawa usrah sendiri ni? Emm. Saya pun masih lagi banyak lompong jahiliyyah yang perlu dibaiki. Ah tak kuat lah..

Adik-adik pula ada yang bertanya sama ada saya ada buat usrah ke tidak. Hmm. Muhasabah lagi. Jujur saya tak yakin walaupun rasa teringin nak ada bulatan gembira sendiri. Teringin nak bagi adik-adik rasa apa yang saya rasa dalam "usrah". Teringin nak kongsi ilmu yang saya dapat daripada murobbi saya. Seronok.

Alhamdulillah akhirnya Allah mudahkan cara. Saya buka bulatan gembira saya bersama seorang sahabat. Namanya Farzana. Dia muda setahun daripada saya tapi ilmunya sangat tinggi. Asbab saya rasa tak yakin utk bergerak sendiri, kami ber"duet" utk menggerakkan gerabak dakwah&tarbiyah kami. Modul usrah murobbi saya sediakan. Cuma cara penyampaian sahaja terpulang kepada kami. 


"Taman Syurga Kita"

Hari pertama. Pertemuan pertama. Debar! Bismillahi tawakkaltu 'alallah..

Proses ta'aruf kami berjalan lancar. Berkongsi latar belakang keluarga, warna kegemaran, hari kelahiran kami dan sebagainya. Masing-masing nampak teruja.

Selepas selesai ta'aruf, kami bawa adik usrah kami ke cafeteria. Makan-makan bersama, belanja mereka. Kemudian bergerak ke surau damai (surau yg dikhaskan utk pelajar di blok siswi). Masa ni semua malu-malu.

Usai solat berjemaah, kami 'briefing' pada adik-adik mengenai skop usrah yg akan dibawa. Perkenalkan tajuk-tajuk. Yang simple-simple je. Perkongsian tazkirah, tadarus, akhbar, cenderahati, taujeh (pengisian dari murobbi) dll.

Semua aktiviti dilakukan secara bergilir-gilir oleh adik-adik. Tidak ada yang terkecuali. Cara ini sebenarnya adalah untuk memupuk sifat kepimpinan dan membina keyakinan dalam diri adik-adik. Bosan juga kalau datang usrah hanya sekadar menadah telinga dan mendengar pengisian daripada murobbi kita. Perlu ada komunikasi dua hala. Saya sendiri gemuruh masa nak bagi perkongsian pada mereka. Hehe. Allah sahaja yang tahu. Saya belajar melawan kekurangan diri saya. Fighting!

Setiap kali nak pergi jumpa adik-adik. Saya sendiri rasa teruja. Nak bagi pengisian, kene 'study' dulu siap-siap. Sebab saya kurang ilmu. Bimbang juga adik-adik tak dapat apa yg saya nak sampaikan. Kadang-kadang, kalau xsedia nak bagi perkongsian, saya sampai merayu kat 'partner' saya supaya dia gantikan giliran saya. Kami bergilir-gilir setiap minggu untuk beri pengisian. Tapi hampa. Partner saya tak semudah itu, hehe. Saya kagum dengan dia. Dia banyak mengajar saya dan mendera emosi saya. Erk! :D


Pentingnya memilih 'partner' yang sesuai dengan diri kita. Mudah untuk bekerjasama dan saling membantu. Mengenali dirinya adalah satu anugerah terindah. Dia ibarat 'cermin'. Melalui dia, saya nampak kekurangan diri saya. Walaupun usianya lebih muda daripada saya, tak menjadi penghalang untuk saya belajar banyak perkara dari dirinya. Alhamdulillah, jzkk Farzana.

Alhamdulillah, usrah kami berjalan dengan lancar setiap minggu. Saya gembira lihat adik-adik saya gembira. Mereka sangat baik, lebih baik dari saya. Saya sendiri belajar banyak perkara dari mereka. Mereka sentiasa bersemangat dan memberi komitmen yang baik pada setiap tugasan yang diberi. 

Kadang-kadang ada juga persoalan yang adik-adik saya tanya, saya tak mampu untuk menjawabnya. Tapi itu tidak menjadi masalah kerana murobbi saya sedia membantu. Setiap kali saya dan partner tak tahu, kami akan bertanya kepada murobbi kami dalam perjumpaan usrah kami bersamanya. 


Dari segi pengurusan masa, walaupun sukar utk berjumpa tapi Alhamdulillah Allah mudahkan. Asbab kami semua berlainan jawatankuasa, jadual kami tak sama. Adik-adik saya terdiri daripada ajk pusat islam, MeKAR, pusat sukan dan JPKK. Perbezaan ini yg melengkapkan kami. 

Murobbi kami banyak mengajar kami agar saling menghargai. Murobbi saya gemar memberi hadiah kepada anak-anak buahnya apabila berjaya menyelesaikan tugasan atau menjawab kuiz-kuiz yang diberikan. Maka, kami juga melakukan perkara yang sama kepada adik-adik usrah kami. Pada mulanya, ada yang bertanya kepada saya, bimbang adik-adik usrah kita datang usrah sekadar untuk mendapat hadiah daripada kita. Boleh jadi mereka kurang ikhlas datang ke usrah. Saya cuba melihat dari sudut pandang yang berbeza. Rasulullah saw pernah bersabda agar kita saling memberi hadiah, nescaya kita akan berkasih sayang. Hadis ini diriwayatkan oleh Tabrani


Setiap kali saya berkesempatan untuk pulang ke rumah, saya tak lupa untuk singgah ke kedai DIY untuk membeli sedikit buah tangan dan cenderahati. Beli yang murah-murah je yang penting ikhlas dan bermanfaat. InsyaAllah duit takkan habis sekiranya digunakan pada perkara yang bermanfaat. Percayalah. Tapi kalau duit yang kita ada, kita banyak belanjakan untuk keperluan diri sendiri, pasti akan sentiasa rasa tak cukup. 

Inilah wajah adik-adik usrah saya. Fiza, Syima, Adlin, Aiffah dan Mia. Mereka sangat bagus. InsyaAllah suatu masa nanti, mereka juga akan merasai pengalaman ini. InsyaAllah. 




Kenangan di jamuan akhir usrah kami pada semester tersebut


"Taman Syurga Kita". Nama ini diambil dari satu hadis Nabi saw yang menyebut bahawa majlis-majlis ilmu yang ada di dunia ibarat taman-taman di syurga. :) Perkataan "taman" sahaja sudah menggambarkan betapa indah ianya, ditambah pula dengan perkataan "syurga". Tak dapat saya bayangkan bagaimana indahnya suasana tersebut. Semoga kami semua berkesempatan untuk bertemu kembali di Taman Syurga Allah kelak. InsyaAllah.



Tak lupa juga kepada sahabat saya Balqis yang pernah menjadi partner saya semasa Farzana pergi menjalani latihan industri. Dia juga seorang yang sangat baik. Ada satu sifat yang istimewa pada diri dia tapi ramai orang yang tersalah anggap. Saya doakan semoga Balqis berterusan dalam mencari ilmu dan mendalaminya. Dia seorang yang sangat rajin membaca dan berkongsi. Suka menegur dan mudah juga menerima teguran. Thumbs up! Jzkk Balqis.



Saya rindukan saat-saat kami bersama. Hilang segala keletihan. Terima kasih adik-adik saya yg solehah. Melalui kamu semua, Allah izin saya belajar sesuatu Saya ni banyak keurangan, sahabat-sahabat dan adik-adik sayalah yang melengkapkannya. Isk..:') Moga kita bertemu lagi. Biidznillah





Fatin Farhana

Ampang, Kuala Lumpur

1 comment: