Followers

Thursday, March 5, 2015

Kembara Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, baru sekarang berkesempatan untuk update 'entry' di laman sesawang ni :) 

Pada hari Jumaat yang lalu, saya berpeluang untuk bersama-sama ummah turun ke lapangan bagi program H1000J1H yang diadakan di UiTM Shah Alam. Program yang berlangsung pada pagi Sabtu sehingga jam 11.30 pm membawa memori yang tidak akan dilupakan. InsyaAllah.

Sebaik sahaja pulang dari tempat kerja sekitar jam 7.30 malam, saya bergegas membersihkan diri, menunaikan solat dan mempersiapkan sedikit keperluan untuk perjalanan saya ke Shah Alam. Kerinduan pada bumi tarbiyah tersebut begitu mendalam sekali. Dapat bertemu empat mata bersama-sama sahabat seperjuangan menjadi memori yang paling manis untuk dikenang.

Saya bersama-sama sahabat yang lain tiba di perkarangan masjid UiTM Shah Alam sekitar jam 11.30 malam. Alhamdulillah mujur kami mendapat kebenaran masuk daripada pengawal keselamatan di situ. Terkenang memori seminggu sebelum program berlangsung, kami ditahan di pintu pagar utama lebih kurang setengah jam. Diajukan pelbagai soalan yang mencabar emosi, huhu. 

Keesokan paginya, seawal jam 4.30 pagi, kami bersiap-siap untuk qiam dan solat subuh berjemaah. Sekitar jam 7.00 pagi semua AJK bersiap sedia untuk menerima kehadiran para peserta. Terasa begitu 'excited' sekali untuk bertemu dengan adik-adik. Namun perasaan 'bimbang' dengan pelbagai kemungkinan tetap ada. Hanya kepada Allah saya bertawakal. Setiap AJK akan diberikan 10-11 orang peserta untuk dikendalikan. Peserta yang hadir ialah sekitar 13-25 tahun. 

Alhamdulillah setelah sabar menunggu, Allah swt hadiahkan saya adik-adik sekitar umur 13-16 tahun. Kesemuanya ada 11 orang. Ceria. Manis. Pada mulanya, semua malu-malu untuk bercakap termasuk saya. Tapi Alhamdulillah saya dapat 'cover' dengan baik depan adik-adik, hehe.

Adik-adik saya manja. Macam-macam kerenah, mungkin jugak asbab saya yang manjakan mereka. Setiap kali ke tandas, saya akan bawa mereka dan tunggu sehingga mereka selesai. Kalau 3 orang nak pergi, 3 orang tu saya ulang-alik temankan ke tandas. Alahai. Ada seorang adik saya ni pula mengadu pada saya, tangan dia sakit dan dia nak minyak. Saya pun layankan ja, bagi minyak dan minta dia baca selawat dan sapu perlahan-lahan. Actually ubat yang saya bagi tu cuma minyak sakit perut atau gatal kena gigit nyamuk, bukan untuk terseliuh atau lenguh. Hehe. Tapi insyaAllah Allah kan bagi berdasarkan apa yang kita niatkan.

Adik-adik saya ni semuanya dengar kata, mudah untuk kendalikan pergerakan mereka. Alhamdulillah tak ada masalah berpuak-puak, suka hilangkan diri, nak balik awal, main handphone dan sebagainya. Allah mudahkan urusan saya sepanjang program berlangsung. Saya dan adik-adik 'enjoy' bersama.

Semasa liqa' kami yang terakhir sebelum slot yang seterusnya bermula, saya buat sesi perkongsian dengan mereka. Pada mulanya saya buka majlis dengan bertanyakan apa pandangan mereka tentang program pada hari itu dan apa perasaan mereka. Rata-rata dari mereka menyukai slot-slot yang bercerita tentang kisah perjuangan Rasulullah saw. Begitu lembut sekali hati mereka sehingga mampu mengalirkan air mata ketika mendengar kisah hidup Baginda saw. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya.

Saya yakin sesiapa pun yang mendengar sirah hidup Baginda saw, perjuangan Baginda saw, pasti akan mengalirkan air mata kerinduan. Adik-adik saya bimbang jika mereka adalah antara umat yang Rasulullah saw akan memalingkan wajah Baginda saw asbab tidak mengenali diri mereka sebagai umatnya. Syahdu. Tak dapat saya bayangkan jika Rasulullah memalingkan wajah Baginda saw daripada melihat saya. Nanges.

Ada seorang daripada adik saya ni pula, dia jadi makin bersemangat untuk membaca lebih banyak tentang sejarah perjuangan Islam. Katanya, dia langsung tidak meminati matapelajaran Sejarah di sekolahnya dan paling tak suka membaca. Tapi, asbab terkesan dengan sirah hidup Baginda saw, dia jadi berminat untuk banyak membaca dan menghayati kisah Nabi saw dan para sahabat.

Sengga waktu yang bersisa saya tamatkan dengan perkongsian perjalanan hidup saya dari bangku sekolah sehingga ke hari ini. Mereka nampak terkejut tapi tiada yang mustahil ;) Hakikatnya kita semua adalah hamba Nya yang abadi. Tingkat iman yang akan membezakan kita di sisi-Nya kelak. Adik-adik saya pun ikut berkongsi kisah mereka di sekolah, kerenah rakan-rakan dan demam 'final exam' yang kian hampir.

Pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan. InsyaAllah



Fatin Farhana
Ampang, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment