Followers

Monday, June 7, 2010

DEMONSTRASI ANTI-ISRAEL

Assalamualaikum wbt kpd sahabat2 yg ku kasihi,

Jumaat yg lepas pada 4hb Jun 2010, merupakan satu tarikh yg cukup bermakna buat kita semua. Di mana, seluruh rakyat di negara ini bersama-sama turun, berkumpul dan bersatu untuk membantah kekejaman Israel laknatullah. Mereka berdemonstrasi selama hampir beberapa jam sambil melaungkan “ HANCUR ISRAEL!!! HANCUR YAHUDI!!!” seusai sahaja solat jumaat didirikan ..

Tetapi, apa yg menyedihkan..ana yg bersemangat untuk sertai demonstrasi tersebut tidak dapat hadir bersama-sama atas sebab2 yg tertentu..=( Duduk di rumah, menunggu sahabat2 meng’upload’ kan gambar sedikit sebanyak mengubat luka di hati..ada hikmahnya tu ^_^

Saat berita memaparkan keganasan YAHUDI terhadap para sukarelawan dunia, air mata ana deras mengalir jatuh ke pipi. Tidak tertahan lagi melihat keganasan yg dilakukan oleh YAHUDI yg menyiksa para sukarelawan kita tanpa rasa belas dan kasihan. Belum lagi melihat penderitaan yg terpaksa dihadapi oleh saudara se-Islam kita di Palestin. Semua jenis bantuan di sekat. Allah!! Hati ini sayu melihatnya.

Sampai bila ini semua akan berakhir? Terasa dada ini sesak meng himpun realiti derita dan malang yang melanda ummah. Apakah tiada jalan keluar yg mampu menamatkan segala penghinaan dan penderitaan? Itulah situasinya. Itulah realitinya yg dihadapi umat Islam. Pahit dan amat menyedihkan. Payah untuk ditelan.
Di bawah ni, ana kongsikan beberapa gambar demonstrasi yg telah di upload oleh sahabat2 tercinta..


>> antara sahabat ana yg turut menyertai demonstrasi


>> Subhanallah, ramai sungguh..


>> Takbir!! ALLAHU AKBAR!!!


>> InsyaAllah tak berlaku apa2..xpayah risaula..shuhh!!





>> Muslimat pun turun berdemonstrasi..HEBAT!!




Jangan lupa untuk terus memBOIKOT produk YAHUDI k...
Semoga usaha kita yang kecil ini akan mendapat ganjaran pahala yg besar dari ALLAH SWT di akhirat kelak..
Moga istiqamah melawan nafsu..xdinafikan produk yg kita perlu boikot ini memang boleh tahan rasa dia..
Tapi ingat bahawa nikmat di Syurga Allah itu tiada tolok bandingnya^_^


.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-

Monday, May 31, 2010

Semoga Dalam Lindungan Allah






DEMO BANTAH SERANGAN KE ATAS KONVOI LL4G PALESTIN
ANJURAN : DPP WP & DPP PUSAT
TARIKH : 4 JUN 2010
TEMPAT : KEDUTAAN AMERIKA
MASA : SELEPAS SOLAT JUMAAT
MARILAH PARA IKHWAN DAN IKHWANAT!!!HADIR BERSAMA NYATAKAN SOKONGAN ANTUM KPD RAKYAT PALESTIN DI GAZA!!!

Amanat terakhir Ketua Misi Konvoi
Lifeline4Gaza dari Malaysia, SdrNoorazman Bin Samsuddin sebelum
bertolak, “Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada –
teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat,
mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang
ada.”

Palestine telah lama dinodai, andai ada seorang Khalifah.. Demi Allah yang jiwaku di tangannya, takkan ada seorang pun musuh Islam yang dapat tidur dengan lena kecuali mereka bimbang dihapuskan tak kira siang atau malam.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt.

Terjemahan QUNUT NAZILAH:-

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka Ya Allah..

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka. Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka. Goncangkan pendirian mereka. Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang penuh Raksasa. Wahai Tuhan yang bersifat murka.

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab. Wahai Tuhan yang mengarakkan awan. Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab. Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Kalahkan mereka! Dan Menangkan kami ke atas mereka.

Ameen Ya Mujib..!Bersama kita doakan sahabat2 dan saudara seIslam kita di perairan Gaza yang di mana salah sebuah kapal telah dimaklumkan diserang melalui udara oleh israel la'natullah..Ayuh kita membaca Doa Qunut Nazilah ini..InsyaAllah..