Followers

Monday, December 21, 2009

Lelaki Bersubang?


Dewasa ini budaya untuk kelihatan cantik tidak lagi tertumpu kepada wanita sahaja, malahan kaum lelaki juga telah cuba-cuba untuk lebih kelihatan cantik. Tidak hairanlah jika kita dapat melihat muka lelaki yang licin bak telur yang dikupas. Seperkara lagi yang lebih dibanggakan ialah bertindik. Ia telah menular kepada golongan remaja masa kini.

Anak muda masa kini bertindik hanyalah semata-mata untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Kononnya ingin mengikut arus moden. Dalam ertikata lain mereka takut dikatakan ketinggalan, bak kata orang tak "up to date". Lebih hebat lagi bertindik tidak hanya di telinga dan hidung semata-mata malahan telah menular di pusat, atas kening, lidah dan juga di bawah bibir. Kita seolah-olah bangga dengan budaya Barat ini dan megah jika berjaya menirunya.

Berhias untuk kelihatan cantik tidak di larang di dalam Islam. Namun bentuk perhiasan yang digunakan perlulah di ambil perhatian agar ia tidak bertentangan dengan garis panduan yang di tetapkan oleh syara'.

Bersyukurlah dengan nikmat kurniaan TUHAN (",)

.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-

1 comment:

  1. Salam ziarah,
    Lelaki bersubang?hmmm..tak lawa pun..tak cantik langsung..lelaki pada pandangan mata saya sangat kemas apabila berambut pendek..cukuplah dgn gaya rambut yang kemas..ditambah lagi dgn kopiah di kepala..dan akhlak yg baik..Subhanallah!!

    ReplyDelete