Followers

Friday, December 2, 2011

Jom Buat Azam Baru !


Kenapa perlu azam baru?

Untuk me 'renew' kan semula semangat kita yang kian luntur disebabkan oleh 'clorox'.

Ayuh teman! Ambil sebatang pensel warna dan sekeping kertas lukisan, bukan untuk melukis atau mewarna. Tetapi untuk menulis apa jua azam yang kita ingin lakukan pada 1433H kali ini.

Kenapa perlu tunggu Tahun Baru, baru nak tulis azam baru kita? Tak payah, bukan kah kita ini sebagai umat Islam punya kalender hijrah kita yang tersendiri?

Kalau nak tulis semua azam kita tu, memang tak akan cukup sekeping kertas, walaupun dah guna kertas lukisan yang besar tu.

Untuk 'summarize' semua azam yang melimpah ruah, kita boleh membahagikan azam-azam kita kepada dua bahagian. Contohnya..

Bahagian yang pertama : Azam untuk menjadi Pelajar Hebat. (dunia)
Bahagian yang kedua : Azam untuk menjadi Wanita Solehah. (akhirat)

-gambar hiasan-

Tips untuk menjadi Pelajar yang Hebat sebenarnya sangat banyak kalau kita search dalam internet. Tetapi bergantung kepada individu itu sendiri, bagaimana dan macam mana dia hendak aplikasikan tips-tips tersebut dalam diri dia.

Contohnya bangun awal pagi dan mandi, tidak tidur selepas solat Subuh, ulangkaji pelajaran dan siapkan semua assignment yang pensyarah beri. Terpulang kepada diri masing-masing k..

Apa yang Fatin nak tekankan di sini ialah bagaimana kita nak jadi Wanita Solehah. Tips ni kadang-kadang Fatin sendiri 'missed some parts' untuk laksanakan. InsyaAllah, tahun hijrah yang baru ni, kita sama-sama cuba laksanakannya dan terus istiqamah.

Andai kata kita tidak dapat laksanakan apa yang kita rancang, jangan cuba cari alasan. Contohnya " tak ada masa, banyak sangat assignment nak kene siapkan"..

Actually orang yang berjaya, dia tak pernah cuba cari alasan kenapa dia tak boleh selesaikan sesuatu perkara. Bisikkan pada diri " ya Allah, maafkan ku tak dapat laksanakan apa yang telah aku rancang, silap diri aku tak dapat uruskan masa dengan sebaik mungkin.."

Sebab Allah sendiri bersumpah dalam al-Quran mengenai masa right? Yang manusia ni sentiasa dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran dalam surah 103 : al-Asr ayat 1-3.

***

1. Mula-mula sekali yang paling susah kita nak jaga ialah maksiat. Maksiat terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya : hati, mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya.

Banyak sangat dugaan, contohnya bila buka internet ni, mudah sangat gambar-gambar tak elok terpampang depan mata. Daripada sebuah gambar, mata melihat, hati kata 'wah..', tangan pula 'klick' dan kita hanyut seketika.. Nauzubillahiminzalik.

Sama-sama kita jaga ya, yang pertama sekali mata kita, nampak sahaja terus tutup., kalau tidak, bimbang kita boleh hanyut sekali. ' SAY NO TO MAKSIAT ! '

2. Perbanyakkan amalan-amalan sunat kita. Contohnya dalam ibadah dan amalan seharian.

Ibadah : solat-solat sunat taubat, hajat, tahajjud dan sebagainya ; puasa-puasa sunat isnin khamis dll..
Amalan: berkumur selepas makan, bersugi sebelum wudhuk dan lain-lain.

3. Bacaan Ma'thurat pada waktu pagi dan petang. Jika tak dapat baca pada waktu pagi, baca pada waktu petang k..

4. Zikir harian dengan selalu menyebut nama Allah swt dan juga kekasih agung-Nya, Muhammad saw. Tak kisah la sambil jalan, duduk dan baring.

Dengan berzikir insyaAllah kita dapat kurangkan dosa-dosa mengumpat, membuang masa dan sebagainya, malah hati juga akan bertambah tenang. Ketahuilah dengan mengingati Allah itu,
hati-hati akan menjadi tenang.” Surah Ar-Ra'd ayat 28.

4. Tadabbur al-Quran. Baca al-Quran dan tafsirnya sekali. Amalkan setiap kali selepas solat, kalau tak dapat sekalipun, dalam sehari tu kita dapat baca satu muka surat dan ke atas. InsyaAllah boleh sebab bila kita ingat Allah, Allah pun akan ingat kat kita <333

5. Berdoa pada Allah, apa jua, tak kisah, mesti doakan ibu bapa kita. Adulah pada Dia kalau kita ada masalah, kongsikan perkara-perkara gembira dengan Dia dengan sujud syukur selepas solat.

"When people hate you for no reason, always remember that Allah love you for no reason" sama-sama kita tukar yang negatif jadi positif :)

6. Bersedekah, sedekah ada banyak cara. Contohnya, belanja kawan kita makan, senyum dan macam-macam!


Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya..


Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..



Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika bersama ALLAH

SELAMAT BERAMAL ;)

Fatin Farhana Bt Muntasir
-Ampang, Kuala Lumpur-

Sunday, October 30, 2011

Jiwa Yang Sakit

Kadang-kadang diri letih dengan mainan dunia, sampaikan terasa macam nak menangis puas-puas, tapi tahan selagi boleh, sebab air mata tak boleh selesaikan masalah

“……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” – Yusuf:87

Diri ini tidak sesekali mahu mengeluh dengan ujian-ujian ini ya Allah, tetapi terkadang jiwa yang menanggung terasa begitu beban. Aku mesti kuat!

Kadang-kadang , aku menangis sendirian..

Menangis mengenangkan diri yang semakin hari semakin terasa jauh dari rahmat dan kasih sayang Mu. Aku bimbang, aku takut, aku sedih andai Kau yang selalu di sisi suatu ketika dahulu, pergi meninggalkan ku yang tenggelam dalam lautan dunia.

Aku di sini, sangat merindukan suasana tahajjud di sepertiga malam Mu,
Aku di sini, sangat merindukan bacaan Ma'thurat di pagi dan petang Mu,
Aku di sini, sangat merindukan alunan ayat suci Mu yang mengalir keluar dari bibirku di saban hari,
Aku di sini, sangat merindukan kata-kata semangat yang pernah aku perolehi dahulu,
Aku di sini, sangat merindukan saat mata bertemu dengan sahabat-sahabat yang ku kasihi,
Aku di sini, sangat merindukan ketenangan dan kelapangan masa untuk beribadah,
Aku di sini, sangat merindukan bacaan-bacaan ilmiah yang tersusun di rak buku milikku,

Ya Allah, di mana seharusnya aku melabuhkan rasa rindu ini..
Andai diri ini terlalu sibuk menguruskan hal-hal duniawi..

Aku tidak mahu menjadi semakin lemah,
Kembalikanlah semangat ku yang dahulu,

Seorang mujahidah kecil,
Yang selalu bersemangat dalam apa jua keadaan,
Yang selalu ceria dalam kehidupannya,
Yang ingin menjadi kuat tika yang lain kelemahan,

Aku takut dengan maksiat dan zina,
Di sini, iman ku kerap kali di uji,
Di setiap langkahan kaki ku,

Aku bimbang aku bepakaian bukan kerana Mu,
Aku bimbang aku menjadi insan yang lain,
Aku bimbang semua yang ku lakukan bukan lagi kerana Mu,

Ya Allah,
Disetiap sujud ku,
Kerap kali ku meminta agar Kau tidak meninggalkan ku,

Aku menangis dalam hati ku,
Kerana di saat ini,
Tiada insan yang mengerti apa yang sedang ku lalui,


Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan).

Fatin Farhana Bt Muntasir
-IPT Shah Alam-

Wednesday, April 6, 2011

Hargai Sahabat


SAHABAT

benar lah dahulu
aku tidak pernah menghargai diri mu
kejujuran dan kesetiaan mu telah ku uji

betapa kejamnya diriku
betapa hinanya aku
sungguh diriku bukan lah sahabat sejati

kasih dan sayang ku terhadap mu
telah membunuh dan memakan
diriku sendiri

aku masih lemah
aku gagal mengawal nafsu ku
cemburu amarah dan ego
bercampur menjadi satu

Kenapa dirimu harus tetap setia menemani ku?
Kenapa dirimu tidak pernah berpaling dari ku?
Kenapa dirimu tidak jujur yang sungguh engkau terluka dengan ku?

Allah..
memang namanya penyesalan selalu datang lewat

aku rebah tatkala dirimu meninggalkan ku
aku hilang arah tika dirimu menyepi
dunia ku gelap seketika

Aku yang dahulu menghulurkan persahabatan
aku jualah yang memutuskannya

tidak ku sangka kata-kata ku setajam bilahan pedang
tidak ku sangka diriku lah yang memutuskan segalanya

memutuskan segala impian bersama
memutuskan kasih yang pernah bertaut
memutuskan mimpi yang pernah ku lakarkan
aku lah yang memutuskannya duhai sahabat

Allah...
memang namanya penyesalan itu selalu datang lewat

engkau pergi..
pergi membawa diri..
membawa bersama luka yang aku tinggalkan
maafkan ku duhai sahabat

aku juga terluka
terluka bersama parut yang ku ukir di hatimu
dunia ku gelap seketika
benar aku telah menyesal
namun semuanya sudah terlambat

tiada guna ku membina 1000 impian
untuk dikau kembali lagi
ku tahu impian ini tidak kan menjadi kenyataan

bertahun sudah bayangan mu menghantui
kerap kali wajahmu hadir menghiasi mimpiku
saban malam ku menderita
membawa bersama memori luka
perit..ia sungguh perit

dugaan apakah ini ya Allah
maaf kan ku
kerana tidak pernah sekali pun aku bersyukur
pada indahnya nikmat ukhuwah itu

namun kasih Mu itu tidak pernah berbelah bagi
tetap setia menghulurkan rahmat-Mu
meski aku telah sakiti satu jiwa
jiwa yang tulus dalam membina ikatan
Engkau lah sebaik-baik tempat untuk ku mengadu

sendu dan tangis menjadi teman sejati di saban waktu
setiap detik dihiasi penyesalan yang tiada henti

menjadi pengajaran dan pengalaman kepada ku
agar terus menjadi insan yang selalu menghargai dan menyayangi

meski pun cukup pahit untuk dikenang
namun ia tetap manis
dalam sebuah kamus kehidupan
buat insan yang bergelar hamba

inilah ujian buat ku
agar ku kembali pada-Nya

Kini ku kembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampun lah dosa-dosa ku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerana ku yakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

.:Indahnya Persahabatan Kerana Allah Taala:.

-Fatin Farhana Bt Muntasir-
Ampang, Kuala Lumpur