Followers

Friday, March 26, 2010

KITA BOLEH ! !



Matlamat memberi motivasi dan motivasi memberi tenaga kepada kita semua untuk kita :

1. Melakukan apa yang mesti kita lakukan
2. Melakukannya ketika ianya patut dilakukan
3. Melakukannya samada kita suka atau pun tidak


Tanpa matlamat yang jelas, tiada apa yang jelas berlaku.
Bagi seorang pelajar, belajar tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran.

YAKIN!! dan PERCAYALAH!! bahawa kita sebenarnya boleh mencapai lebih daripada apa yang kita percaya kita boleh lakukan. Dengan menambahkan sedikit usaha lebih daripada kebiasaan kita akan mencapai hasil yang sedikit lebih dari kebiasaan.

Dengan mengulangkaji lebih sedikit dari kebiasaan kita boleh tambah lebih sedikit markah kita dalam peperiksaan.

Yang membezakan orang yang berjaya dengan orang yang gagal bukanlah kerana yang berjaya meletakkan matlamat yang lebih tinggi berbanding dengan yang gagal. Semua orang ingin berjaya.

Mereka yang berjaya sebenarnya beria-ia lebih lama berbanding dengan yang gagal. Mereka berjaya sebab mereka beria-ia berusaha sehingga mereka dapat apa yang mereka mahu.

Bila kita beria-ia, kita rasa lebih bertenaga. Maka kita lihat orang yang bermatlamat lebih bermotivasi sedangkan mereka yang tidak bermatlamat kelihatan kurang bermaya kerana hidup mereka tiada arah dan tujuan.

Mencapai kedudukan yang lebih baik memberi semangat kepada kita untuk terus bergerak untuk berusaha lebih lagi. Kata bijak pandai," Pergi sejauh yang anda boleh pergi. Bila anda sampai di sana anda akan nampak lebih jauh lagi". Ini menyebabkan orang yang berjaya terus berjaya manakala yang tidak bermatlamat terus kekal di tempat lama mereka. Mereka tidak bergerak.

Oleh itu jangan takut untuk bergerak perlahan, tapi takutlah jika kita tidak bergerak-gerak. Cerita arnab dan kura-kura menjadi contoh.

Tulis matlamat yang ingin kita capai.



Dengan menulis matlamat di dalam sebuah buku matlamat kita, ia memudahkan kita untuk melihatnya selalu. Tulis dan tampal di tempat yang boleh kita lihat selalu supaya kita sentiasa mengingatkan diri kita akan apa yang kita ingin capai. Tanpa menulisnya, kita sekejap ingat dan sekejap lupa. Ingat iklan biskut itu? Sekejap ada, sekejap tiada!

Dengan menulis matlamat kita dan melihatnya selalu, kita sebenarnya mencabar diri kita. Apabila ia turut dilihat oleh orang lain, kita akan meningkatkan cabaran itu.

Cabaran itu boleh mendesak kita untuk berusaha kerana kita tidak mahu mereka yang melihat matlamat kita memperlecehkan kita. Dengan membiarkan matlamat kita kekal di dalam kotak fikiran kita sahaja, kita menghilangkan cabaran itu.

Tanpa sebarang tekanan, kita tidak memaksa diri kita untuk bergerak. Sedikit tekanan sebenarnya baik untuk kita kerana tekanan boleh menyerlahkan kehebatan yang dikurniakan Nya kepada kita dengan lebih baik.

Thursday, March 18, 2010

Akhlak Terpuji Rasulullah saw (2)



Bersama kite hayati sunnah Rasul junjungan kite...

21. Tidak pernah makan menggunakan meja

22. Tidak pernah kenyang 3 hari berturut-turut, ini kerana mementingkan orang lain daripadanya

23. Sangat pendiam tetapi tidak sombong

24. Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara

25. Sangat elok dan sempurna wajahnya

26. Tidak pernah terpedaya dengan tipuan dunia dan syaitan serta nafsu

27. Memakai cincin yang diperbuat daripada perak

28. Cincin di pakai di jari kelingking kanan dan kiri

29. Selalu menunggang keldai

30. Suka menziarahi orang sakit

31. Sering duduk bersama-sama fakir miskin

32. Suka memberi makanan kepada fakir miskin

33. Memuliakan orang yang dimuliakan

34. Sentiasa menjalin hubungan silaturrahim dengan kaum kerabatnya

35. Jika ada orang yang memutuskan silaturrahim, maka Baginda pergi menyambungkan hubungan yang telah putus itu

36. Orang yang datang menemuinya disambut dan dimuliakan

37. Menerima uzur orang yang meminta uzur

38. Suka bergurau senda, tetapi tidak berdusta serta tidak pernah ketawa terbahak-bahak

39. Sangat berlemah-lembut dengan isteri-isterinya dan ahli keluarganya

40. Pernah berlumba lari dengan isterinya

41. Tidak pernah makanan dan pakaiannya lebih baik daripada hamba sahayanya


.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-

Wednesday, March 17, 2010

Akhlak Terpuji Rasulullah saw(1)




~JOM KITE HAYATI BERSAMA~

1. Manusia yg amat bertolak ansur

2. Manusia yg berani, adil dan sopan santun sekali

3. Tangannya tidak pernah sekali menyentuh kulit wanita ajnabi

4. Amat pemurah orangnya, sehingga digambarkan bagaikan angin lalu pemurahnya

5. Tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah lebih dari keperluan makan minumnya setahun

6. Rezeki yg lebih dari keperluannya, ia taburkan pada jihad fi sabilillah

7. Jika ada orang menyukai sesuatu barang atau benda yang ada padanya, nescaya diberikannya barang itu kepada orang lain

8. Sentiasa memberi pertolongan kepada orang lain walaupun ia ketika itu berada dalam kesusahan

9. Menampal sendiri kasut dan bajunya yang terkoyak

10.Tidak pernah menyusahkan ahli keluarganya tentang makan minumnya

11. Sangat pemalu orangnya. Tidak pernah menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama

12. Suka menerima hadiah yang diberikan orang kepadanya, walaupun kecil

13. Suka membalas hadiah

14. Tidak menerima atau memakan sesuatu pemberian sedekah

15. Tidak merasa hina dalam membantu hamba sahaya ataupun orang miskin

16. Sangat marah jika hak Allah dicabuli tetapi tidak marah kalau haknya dilanggari

17. Sentiasa mengikat batu diperutnya kerana menahan lapar

18. Bila makan tidak pernah cerewet tentang makanan

19. Makan apa saja (yang halal) yang disediakan tanpa menolak

20. Tidak pernah bersandar sewaktu makan


.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-

Sunday, March 7, 2010

Rintihan Dari Hati Seorang Lelaki




Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.

Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.

Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.


Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami
"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,


Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga... ..

From: ILOET