Followers

Kenali Penulis


Kenangan di Masjid Negeri Shah Alam bersama sahabat

Diberi nama Fatin Farhana yang membawa maksud seorang yang bijaksana dan menjadi kegembiraan kami. Sesetengah buku mentafsirkan maksud nama Fatin adalah yang cantik menawan. Mudah-mudahan dikurniakan kecantikan akhlak melebihi rupa. InsyaAllah :) Dilahirkan pada tanggal 15 Jamadilakhir 1414 Hijrah yang bertarikh 30 November 1993 berdasarkan kalendar masihi. Saya dilahirkan pada hari Selasa jam 4.20 pagi di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Mendapat pendidikan awal di Tadika KEMAS pada tahun 1998. Kemudian meneruskan pembelajaran di SK Pandan Indah dan SMK Pandan Indah. Merupakan graduan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam. Kini sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pengajian Sains Fizik di Universiti Teknologi Mara, Perlis.

Ingin pulang pada-Mu dengan senyuman yang gumbira! :)

No comments:

Post a Comment