Followers

Saturday, April 10, 2010

Mengubah Ciptaan Allah

Sabda Rasulullah saw :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّه



Maksudnya : “Allah MELAKNAT perempuan yang membuat tatu dan meminta di buat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah”




Seringkali kita melihat manusia pada zaman ini seperti sudah tidak ambil peduli mengenai hukum Allah. Terlalu mengikut budaya Barat sehingga lupa akan hukum-hukum yang telah di tetapkan di dalam al-Quran.

Kenapa perkara ini boleh berlaku?

Bila di maklumkan bahawa mengubah ciptaan Allah itu HARAM, ada sahaja alasan yang diberi. Memang di dunia ini penuh dengan 1 0001 alasan tapi di akhirat nanti, mampukah kita untuk mengungkap setiap alasan yang pernah kita lakukan ketika di dunia di hadapan PENCIPTA?

Bila di sebut sahaja KIAMAT, menggeletar kepala lutut apatah lagi bila bertemu dengan ALLAH SWT.

PENGUBAHAN YANG DIBENARKAN

• Memakai INAI dengan tujuan berubat hukumnya adalah SUNAT
• Pembedahan MATA untuk memulihkan kesihatan
• Pembedahan JANTUNG bertujuan untuk menyelamatkan nyawa
• Pembedahan BUAH PINGGANG untuk mengembalikan proses perkumuhan
• Membaiki GIGI yang ROSAK sama ada menanam gigi yang baru, menyamakan dan sebagainya untuk keselesaan

PENGUBAHAN YANG DIHARAMKAN

• Pembedahan PLASTIK untuk kecantikan semata-mata
• Mengubah JANTINA
• Mencabut atau mencukur BULU KENING
• Membesarkan PAYU DARA
• Memakai SUSUK

Hmm...mudah je kan hukum yang Allah dah tetapkan buat kita sebagai hambaNya?? Perkara ni susah sangat nak ikut sebab kita sebagai manusia tak pernah puas dengan apa yang ada. Antara faktor yang mendorong untuk mengubah ciptaan Allah :

• Tidak bersyukur dengan nikmat Allah
• Sombong dan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk
• Iman lemah dan kurang didikan agama
• Mengikut hawa nafsu
• Mengikut peredaran zaman



Jadi..sentiasa lah kita bersyukur dengan kejadian diri yang sudah cukup sempurna Allah berikan kepada kita. Nikmat yang DIA berikan terlalu banyak dan luas sehingga kita sebagai manusia ni pun tak mampu nak menghitungnya.

Andai ada kekurangan atau kecacatan dalam diri, itu bukanlah sebab musabab kita nak langgar larangan yang DIA dah tetapkan. Setiap yang Dia lakukan itu ada hikmah yang tersembunyi.

.: Fatin Farhana bt Muntasir :.

-Ampang, Kuala Lumpur-

No comments:

Post a Comment