Followers

Saturday, November 14, 2015

Helaian Baru Kehidupan (2)

Assalamu'alaikum wbt,

Alhamdulillah diizinkan Allah untuk menyambung semula entry yang lalu. Dengan sedikit masa yang tersisa ini, saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman semasa di semester satu yang lepas. Untuk makluman, sekarang ini saya sedang cuti pertengahan semester dan dah nak hampir tamat dah cuti. InsyaAllah besok akan pulang semula ke tempat belajar.

Semasa di semester satu, banyak kenangan manis dan pahit yang dilalui. Pada saya, suasana pembelajaran semasa di diploma sangat berbeza dengan suasana pembelajaran di universiti. Semasa di politeknik dahulu, saya mampu untuk cover topik-topik pembelajaran seorang diri dan cuma kadang-kadang sahaja akan diadakan study group.

Berbeza dengan ijazah, hampir kesemua subjek yang diambil saya perlu mengadakan study group. Belajar di universiti, kita kena banyak bertanya dan berbincang. Pembelajarn di dalam sesi kuliah sahaja masih belum mencukupi untuk mahir dalam sesuatu subjek. Mungkin di pihak saya, saya berasa agak sukar memandangkan kos yang saya ambil ini berbeza dengan kos semasa di diploma dahulu. Semuanya adalah baru and saya start from zero walaupun pernah belajar Fizik semasa di sekolah dahulu. Biasalah, belajar masa sekolah dahulu banyak main-main sebab kurang minat.

Disebabkan saya masuk lewat sedikit dari pelajar biasa, saya banyak tertinggal topik-topik awal di kelas. Separuh dari kelas saya adalah student yang masuk intake rayuan, Alhamdulillah saya tak keseorangan. Semasa di awal-awal kelas, kami kerap juga ditegur oleh lecturer kerana sebahagian kami termasuk saya agak lambat untuk adapt apa yang lecturer ajar. Mungkin lecturer kami perasan agaknya ke'blur'an muka kami semasa dalam kuliahnya. 

Actually masa lecturer tu mengajar, otak saya ligat berfikir dan cuba mengenang kembali memori-memori semasa di sekolah dahulu. Teori-teori Fizik dan AddMaths yang agak memeningkan kepala cuba untuk diperah dan diingatkan kembali. Allah sahaja yang tahu betapa peningnya kepala saya setiap kali tamat sesi kuliah. Al-maklum lah silap diri saya juga yang tak buat revision awal-awal. Ingat tu, penting ya revise semula formula-formula sebelum masuk ke kelas. 

Pernah suatu ketika lecturer kami sarankan kami untuk ambil susu formula, minum setiap hari agar sel-sel otak kami berhubung dengan lebih cepat. Malunya rasa tapi saya ambil kata-kata tu sebagai pembakar semangat. Mungkin dah lama tak mengaktifkan otak saya untuk berfikir setelah bercuti dari belajar selama hampir 10 bulan. Bayangkan..

Dan kebanyakan test dan kuiz yang lecturer saya buat, banyak yang saya tak dapat skor dengan baik. Setiap kali tu lah saya akan rasa diri saya macam tak belajar apa-apa dan rasa sedih sangat tak dapat jawab soalan-soalan yang lecturer berikan. Balik ja dari kuliah, saya akan menangis minta ampun pada Allah, minta Allah berkat setiap ilmu yang saya belajar, beri kemudahan pada setiap kesukaran yang dialami. Saya jadi kecewa dengan diri, saya belajar tapi saya tetap tak boleh buat dan skor. 

Sehinggalah ketika saya berada di minggu-miggu terakhir kuliah, saya masih merasa 'lost' dan kurang bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhir. Ditambah pula dengan 'carry mark' yang rendah dan semangat yang semakin berkurangan. Rasa macam ada harapan untuk 'repeat paper' tapi saya cuba lawan. Saya sentiasa bisik kat hati "takpe, Allah nak tengok pada usaha, pandai atau tak pandai, semua tu kerja Allah, insyaAllah bila dah usaha sehabis baik, apa pun keputusan nanti tentu boleh redha.."

Setiap hari saya mulakan dengan semangat baru, saya bangun dan belajar disamping ibadah harian dijaga dan ditingkatkan, doa tak putus-putus minta Allah berkatkan ilmu yang saya dapat. Bukan mudah Allah nak berikan sesuatu yang berharga untuk kita melainkan dengan merasa susah sedikit agar kita tahu erti sebuah penghargaan. 

Alhamdulillah Allah hantar seorang sahabat yang sentiasa bagi dorongan dan semangat agar saya tidak putus asa dan dia selalu kata peluang sentiasa ada untuk saya. Alhamdulillah dia juga yang beri tunjuk ajar dan sudi luangkan masa untuk mengajar saya walaupun saya tahu dia juga sibuk dengan paper dia memandangkan dia juga student Fizik cuma berlainan semester. Alhamdulillah Allah temukan kami dalam usrah yang saya sertai. Alhamdulillah..

Jujur saya katakan bidang Fizik bukanlah bidang yang mudah apabila memerlukan kita untuk sentiasa berfikir di luar kotak dan banyak berimaginasi. Kata lecturer Fizik saya, student Fizik adakalanya perlu untuk bersikap 'gila-gila' bagi menghilangkan sedikit tekanan semasa belajar agar tidak menjadi betu-betul gila di kemudian hari. Mungkin ada benarnya juga kan apabila ada scientist yang mengatakan dunia ini terjadi dengan sendirinya. Sedangkan apa yang kita imani, Allah adalah pencipta bagi setiap kejadian.

Semakin saya belajar Fizik semakin datang minat saya terhadap subjek ini apabila banyak mengaitkan dengan al-Quran. Kata ustaz saya, "kamu yang belajar sains ni, perlu menjadi lebih dekat dengan Allah, jangan asingkan agama dan sains, tapi kaitkan sains dengan agama". Sejak tu, saya jadi lebih semangat untuk teruskan belajar. Belajar kerana Allah, kerana ilmu bukan kerana benda lain.

Alhamdulillah semester satu saya tamat dengan jayanya. Saya lulus dalam semua subjek walaupun tak cemerlang tapi saya dah cukup bersyukur. Ditakdirkan Allah, hanya 5 orang sahaja pelajar yang lulus dalam semua subjek dan saya terpilih oleh Allah untuk termasuk dalam senarai tu. Saya tak percaya dan tak sangka tapi itu lah ketentuan Allah, kita jangan putus asa dan keep on trying our best effort. Saya belajar banyak perkara semasa di semester satu dan saya syukur Allah berikan saya ujian-ujian tersebut. Ingat yang Allah tak pernah jauh dari kita tapi sebenarnya kita lah yang selalu nak menjauh dari Allah. 

Okay lah, sampai sini sahaja cerita saya untuk semester satu. Doakan saya dapat melayari semester dua ini dengan lebih tabah dan bersemangat serta dikelilingi sahabat-sahabat yang supportive. Tak lupa juga untuk selalu minta doa daripada mak ayah kita agar dipermudahkan kita untuk belajar. Doa mak ayah adalah doa yang paling berharga bagi seorang anak dan saya yakin siapa saya sekarang ni dan apa yang saya kecapi ini juga adalah hasil doa dari mak ayah saya yang tak putus-putus. 

Maafkan saya jika ada tersilap bicara. Sekian.




Fatin Farhana
Ampang, Kuala Lumpur

Wednesday, September 2, 2015

Helaian Baru Kehidupan (1)

Assalamu'alaikum wbt..

Mungkin dah hampir setahun blog ini ditinggalkan, mungkin juga lebih daripada setahun. Eh! :) Nak ambil mood menulis memang sangat lama rupanya. Penulisan pun dah makin tak berapa nak ok. Hmm. Tapi insyaAllah, mengingatkan kembali pena yang tak akan pernah mati setelah jasad dimamah bumi, penulisan akan tetap diteruskan, biiznillah.

Kalau nak dicoretkan segala kisah yang dilalui, rasanya macam mustahil. InsyaAllah saya akan cuba perlahan-lahan untuk mengenang kembali memori yang baik-baik memandangkan dah lama tak amalkan pemakanan buah kismis, penyakit lupa pun makin menjadi-jadi. *padahal memang pelupa, heheh*

Alhamdulillah saya baru sahaja menamatkan semester satu pada bulan Julai yang lepas. Bila mood cuti dah nak habis ni baru mood nak ber'blog' datang, apakan daya. Yup, entry kali ni saya nak berkongsi cerita masa saya di semester satu.

Mulanya macam ni, niat di hati nak bekerja dengan berbekalkan segulung diploma dalam bidang kejuruteraan awam, macam-macam interview dah pergi dan memang nekad nak kerja selepas kecewa tak dapat tawaran belajar bulan September yang lepas. Actually memang dapat agak tak dapat tawaran tu asbab keputusan MUET keluar bulan November, muehehe. So teruskan berharap untuk pengambilan bulan Mac.

Akhirnya penantian berakhir jua, keputusan yang dinantikan telah tiba. KECIWA again. haha. Nanges tak ya masa tu, dah tak ingat pula. So buat rayuan untuk second intake. Pasang harapan baru dan teruskan berdoa dalam masa yang sama pergi interview kerja. Masa tu saya tengah bekerja di sebuah sektor awam di Kuala Lumpur sebagai kerani.

Ingat lagi masa tu keputusan rayuan keluar hari Khamis. Lepas siap kerja-kerja kat ofis, terus buka web untuk cek keputusan. Ketaq sungguh la..


TAHNIAH ANDA BERJAYA


Lebih kurang macam ni lah ayatnya, tak ingat dah. Hehe. Masa tu tak nanges pun tapi masih dalam mood terkejut. Antara asbabnya, hari pendaftaran adalah pada hari Isnin dan saya ada sehari lagi untuk berkhidmat kat ofis, dan ada dua hari untuk siapkan semua dokumen dan barang-barang keperluan."What a surprise yang Allah nak bagi aku ni". Tambah tempat belajar tu kat hujung peta Malaysia. Jauhnya tak terkata, tapi memang ini yang saya mahukan sejak di bangku sekolah lagi. Syukur Alhamdulillah.

Em, macam tak jadi ja nak cerita pengalaman semester pertama dalam entry kali ni :p InsyaAllah next entry lah ya. Cumanya nak share, apa sahaja yang kita nak dalam hidup ni, jangan segan-segan untuk minta kat Allah swt. Segan tu memang ada sebab dosa dah la rasa macam menimbun, macam tak layak kan nak minta macam-macam kat Dia. Tapi selalu ingat, yang kita sentiasa perlukan Dia, tak kisahla betapa teruknya masa silam kita selama ni, tapi Allah swt selalu menawarkan harapan Dia untuk kita. Pintu taubat sentiasa terbuka walaupun beribu kali kita tersungkur. Teruskan berharap kerana HARAPAN lah yang memberikan kita rasa tak nak putus asa. :)

Dapat sambung belajar pun dah rasa bersyukur sangat walaupun bukan dalam bidang yang kita ceburi sebelum ni. Mungkin salah diri juga tak doa secara spesifik nak sambung kos apa, hehe. Tapi insyaAllah perkataan KECIWA and so on akan segera dipadamkan dari kamus kehidupan. Life must go on. Apa jua yang Allah dah lorongkan untuk kita, grab it! dan buat yang terbaik dan sehabis baik. Bila buat kerana Allah, kita tak akan mudah putus asa. Tak MUDAH putus asa bukan tak akan putus asa, ok! Bangkitlah kerana Dia..


" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
 (Al-Baqarah 2:216)




Fatin Farhana
Ampang, Kuala Lumpur

Thursday, March 5, 2015

Kembara Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, baru sekarang berkesempatan untuk update 'entry' di laman sesawang ni :) 

Pada hari Jumaat yang lalu, saya berpeluang untuk bersama-sama ummah turun ke lapangan bagi program H1000J1H yang diadakan di UiTM Shah Alam. Program yang berlangsung pada pagi Sabtu sehingga jam 11.30 pm membawa memori yang tidak akan dilupakan. InsyaAllah.

Sebaik sahaja pulang dari tempat kerja sekitar jam 7.30 malam, saya bergegas membersihkan diri, menunaikan solat dan mempersiapkan sedikit keperluan untuk perjalanan saya ke Shah Alam. Kerinduan pada bumi tarbiyah tersebut begitu mendalam sekali. Dapat bertemu empat mata bersama-sama sahabat seperjuangan menjadi memori yang paling manis untuk dikenang.

Saya bersama-sama sahabat yang lain tiba di perkarangan masjid UiTM Shah Alam sekitar jam 11.30 malam. Alhamdulillah mujur kami mendapat kebenaran masuk daripada pengawal keselamatan di situ. Terkenang memori seminggu sebelum program berlangsung, kami ditahan di pintu pagar utama lebih kurang setengah jam. Diajukan pelbagai soalan yang mencabar emosi, huhu. 

Keesokan paginya, seawal jam 4.30 pagi, kami bersiap-siap untuk qiam dan solat subuh berjemaah. Sekitar jam 7.00 pagi semua AJK bersiap sedia untuk menerima kehadiran para peserta. Terasa begitu 'excited' sekali untuk bertemu dengan adik-adik. Namun perasaan 'bimbang' dengan pelbagai kemungkinan tetap ada. Hanya kepada Allah saya bertawakal. Setiap AJK akan diberikan 10-11 orang peserta untuk dikendalikan. Peserta yang hadir ialah sekitar 13-25 tahun. 

Alhamdulillah setelah sabar menunggu, Allah swt hadiahkan saya adik-adik sekitar umur 13-16 tahun. Kesemuanya ada 11 orang. Ceria. Manis. Pada mulanya, semua malu-malu untuk bercakap termasuk saya. Tapi Alhamdulillah saya dapat 'cover' dengan baik depan adik-adik, hehe.

Adik-adik saya manja. Macam-macam kerenah, mungkin jugak asbab saya yang manjakan mereka. Setiap kali ke tandas, saya akan bawa mereka dan tunggu sehingga mereka selesai. Kalau 3 orang nak pergi, 3 orang tu saya ulang-alik temankan ke tandas. Alahai. Ada seorang adik saya ni pula mengadu pada saya, tangan dia sakit dan dia nak minyak. Saya pun layankan ja, bagi minyak dan minta dia baca selawat dan sapu perlahan-lahan. Actually ubat yang saya bagi tu cuma minyak sakit perut atau gatal kena gigit nyamuk, bukan untuk terseliuh atau lenguh. Hehe. Tapi insyaAllah Allah kan bagi berdasarkan apa yang kita niatkan.

Adik-adik saya ni semuanya dengar kata, mudah untuk kendalikan pergerakan mereka. Alhamdulillah tak ada masalah berpuak-puak, suka hilangkan diri, nak balik awal, main handphone dan sebagainya. Allah mudahkan urusan saya sepanjang program berlangsung. Saya dan adik-adik 'enjoy' bersama.

Semasa liqa' kami yang terakhir sebelum slot yang seterusnya bermula, saya buat sesi perkongsian dengan mereka. Pada mulanya saya buka majlis dengan bertanyakan apa pandangan mereka tentang program pada hari itu dan apa perasaan mereka. Rata-rata dari mereka menyukai slot-slot yang bercerita tentang kisah perjuangan Rasulullah saw. Begitu lembut sekali hati mereka sehingga mampu mengalirkan air mata ketika mendengar kisah hidup Baginda saw. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya.

Saya yakin sesiapa pun yang mendengar sirah hidup Baginda saw, perjuangan Baginda saw, pasti akan mengalirkan air mata kerinduan. Adik-adik saya bimbang jika mereka adalah antara umat yang Rasulullah saw akan memalingkan wajah Baginda saw asbab tidak mengenali diri mereka sebagai umatnya. Syahdu. Tak dapat saya bayangkan jika Rasulullah memalingkan wajah Baginda saw daripada melihat saya. Nanges.

Ada seorang daripada adik saya ni pula, dia jadi makin bersemangat untuk membaca lebih banyak tentang sejarah perjuangan Islam. Katanya, dia langsung tidak meminati matapelajaran Sejarah di sekolahnya dan paling tak suka membaca. Tapi, asbab terkesan dengan sirah hidup Baginda saw, dia jadi berminat untuk banyak membaca dan menghayati kisah Nabi saw dan para sahabat.

Sengga waktu yang bersisa saya tamatkan dengan perkongsian perjalanan hidup saya dari bangku sekolah sehingga ke hari ini. Mereka nampak terkejut tapi tiada yang mustahil ;) Hakikatnya kita semua adalah hamba Nya yang abadi. Tingkat iman yang akan membezakan kita di sisi-Nya kelak. Adik-adik saya pun ikut berkongsi kisah mereka di sekolah, kerenah rakan-rakan dan demam 'final exam' yang kian hampir.

Pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan. InsyaAllah



Fatin Farhana
Ampang, Kuala Lumpur