Followers

Tuesday, September 4, 2012

Makna Hati


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud;

“ Sesungguhnya dalam tubuh manusia itu ada segumpal darah. Jika ia baik, maka baiklah keseluruhan anggotanya, dan jika ia rosak, maka rosaklah keseluruhan anggotanya. Ketahuilah yang segumpal darah itu sebenarnya adalah HATI. “

Hadis ni sebenarnya menunjukkan bahawa hati itu satu tempat yang mana menjadi pangkal permulaan kepada sesuatu.

Ok, cuba kita renungkan kembali dalam persoalan niat. Masa kita nak kerjakan solat, kita semua disuruh untuk berniat kan? dimanakah tempat niat tu? Kat dalam HATI kan? Kan selalu orang kata, setiap apa yang kita nak lakukan tu, semuanya bermula dengan niat. Bila nak niat je, mesti kat dalam HATI J 

Jadi, hati ni sememangnya menjadi pangkal permulaan kepada sesuatu perkara.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, hati ini ibarat raja, dan seluruh anggota tubuhnya pula adalah pasukannya. Jika rajanya baik, maka baiklah pula pasukannya. Jika rajanya buruk, maka buruklah pula pasukannya. Jika engkau dianugerahi pandangan, tentu engkau tahu bahawa rosaknya para pengikutmu adalah kerana kerosakan yang ada dalam dirimu dan kebaikan mereka adalah kerana kebaikan yang ada dalam dirimu.

Sebenarnya sedar atau tak, bila kita buat kerosakan pada diri kita sendiri, kita sering melemparkan kesalahan kita ni kepada mata yang tak bersalah.

Sedangkan, sumber bencana yang menimpa diri kita ni ialah kerana kita sendiri yang  tidak memiliki cinta kepada Allah, yang tidak menyukai zikir kepada-Nya, yang tidak menyukai firman-firmannya, yang tidak menyukai asma’ dan sifat-sifatnya. Kita beralih kepada yang lain dan berpaling dari Allah. Kita berganti mencintai selain dari-Nya.

Hati kita mencari makhluk untuk dicintai dan kebiasaannya makhluk yang kita cari tu, adalah siapa? Adalah seorang LELAKI. Hati rasa ingin mencintai dan dicintai. Calling, dating, sms yang sia-sia dan sebagainya.

Tetapi, sebenarnya sedar tak kita sedikit demi sedikit, kita dah kotorkan hati kita. Kita kotorkan ia dengan maksiat hati yang kita lakukan. Kita lalai dengan cinta yang tak pasti kesudahannya bagaimana. Maka apabila hati kita dah jadi kotor, dosa pun dah jadi biasa, maksiat pun makin berleluasa. Semuanya gara-gara sekeping hati yang dah pun bertukar wajah.

Kata al-Imam Ghazali,

'Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!'

Cara nak bersihkan hati ialah dengan mengisi hati ini dengan perkara-perkara akhirat sedikit demi sedikit. InsyaAllah lama-lama ledak kotoran dunia yang ada kat dalam hati ni akan keluar. Banyakkan beribadah dan muhasabah diri.  

Moga Allah sentiasa memelihara hati ini dan terus berada di jalannya. Wallahu’alam bswb


.: Fatin Farhana Bt Muntasir :.
Ampang, Kuala Lumpur

Monday, May 21, 2012

Kisah Antara Cinta & Suka


Di suatu pagi nan indah, aku bersama keluarga ku berada di sebuah IPT. Hari ini merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki ke alam yang lebih mencabar. Aku akan mendaftarkan diri sebagai seorang mahasiswi dalam bidang kejuruteraan awam. Bidang yang agak mencabar bagi diriku. Tetapi aku tetap dengan cita-citaku untuk menjadi seorang mahasiswi yang berjaya lantas menjadi seorang jurutera bangunan, bukan sahaja bangunan konkrit, malah jurutera bagi pembangunan ummah. Ya! Itulah cita-citaku.

Dalam langkahan kaki ku yang kelihatan penuh semangat ini, tiba-tiba aku terlihat seorang muslimin. Gaya macam 'senior' sahaja. Daripada segi fizikalnya, dia kelihatan kemas dan intelektual. Lantas aku menjadi kagum melihatnya. Tanpa melengahkan masa, aku berlalu dari situ dan menuju ke kolej kediaman ku. Banyak yang perlu dikemas. Habuk dan debu masya Allah.

Setelah seminggu aku memulakan kuliah, hari-hari ku menjadi semakin mencabar. Jadual kuliah yang padat menjadikan aku mahasiswi yang sangat 'busy' dengan segala assignment daripada pensyarah-pensyarah ku.
Aku tak dapat bayangkan sekiranya aku memegang sebarang jawatan dalam sesebuah organisasi, tentu aku tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan dalam pelajaran, malah banyak pula assignment yang akan tertangguh.



Sangkaan ku meleset sama sekali, aku akhirnya tertarik untuk menjadi salah seorang ahli dalam sebuah badan dakwah di situ. Pada mulanya, jujur aku sangat berminat dan mencari-cari badan dakwah yang ada di
IPT ini. Tetapi memandangkan jadual kuliah yang terlalu padat, aku membatalkan niatku.

Aku akhirnya memegang satu jawatan yang agak mencabar bagiku. Jawatan yang ku rasakan sangat berat untuk dilaksanakan, tetapi kerana Allah aku dipilih, aku akan laksanakannya sebaik mungkin. Aku lebih banyak berkongsi cerita dan pengalaman kepada rakan-rakan ku. Itulah caraku dalam melaksanakan tugasku.

Aku ini tidaklah sehebat mana, aku bukan seorang yang mampu berhujah dengan hadis dan al-Quran, tetapi aku cuba sabaik mungkin untuk kongsikan apa yang telah aku pelajari ketika di bangku sekolah dahulu. Ustaz & ustazah ku banyak mengajar dan membantu ku untuk lebih memahami tafsirul Quran. Terima kasih ustaz dan ustazah kerana telah mengajar aku yang sangat lemah ini. Alhamdulillah ku panjatkan segala pujian hanya untuk Dia yang teristimewa.

Di suatu petang yang mataharinya menyinar sepoi-sepoi bahasa, aku berjalan bersama kawan-kawanku menuju ke musolla. Pada setiap hari khamis, kami akan mengadakan usrah atau lebih dikenali sebagai bulatan gembira di koridor masjid. Dalam kekhusyukan mendengar tazkirah daripada naqibah ku, tiba-tiba aku terpandang akan seorang muslimin yang pernah aku lihat sebelum ini. Ya! Dialah muslimin yang aku pernah katakan kemas dan intelektual itu.

Muslimin itu sedang sibuk menolak tirai-tirai yang memisahkan antara bahagian muslimin dan muslimat memandangkan esok adalah hari Jumaat. Para jemaah lelaki akan berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sini. Tiba-tiba, jantungku berdegup kencang dengan tidak semena-mena. "Oh tidak, kenapa ni? Tak kanlah aku jatuh cinta pandang kedua kot? " bisik hati kecil ku.

Aku terus melarikan pandangan dan kembali memberikan tumpuan kepada naqibahku. Tetapi fikiran ku masih lagi melayang entah ke mana. Syaitan mula memainkan peranannya dengan membisikkan pelbagai bisikan agar aku memandang kembali muslimin tersebut. Dengan sekuat hati, aku menjerit di dalam hati, " Ya Allah, kuatkan aku! Aku tak nak pandang dia lagi! ".


Selang beberapa hari, seorang kakak senior datang menghampiriku. Aku memanggilnya dengan nama singkatannya, Kak Ecah. Dia seorang yang sangat cantik pada pandanganku, lemah lembut dalam tutur kata dan juga perbuatannya. Aku sangat senang bersama dengan dia. Dalam pada kami berbual, tiba-tiba Kak Ecah memberitahu ku bahawa wajah aku mirip dengan seorang muslimin di situ. Dia berkerja keras mengingati nama muslimin tersebut, dan akhirnya dia menyebut, " Ha..akak dah ingat! Nama dia Farhan ". Aku hanya tersenyum memandangnya.

Jujur aku tidak mengenali nama muslimin yang disebutkannya. Aku mula membayangkan alangkah indahnya jika muslimin itu adalah muslimin yang aku lihat tempoh hari. Macam kisah yang selalu aku baca dalam novel dan artikel.  "Astaghfirullah al azim.." Aku tersentak dari lamunan ku. Nah! Inilah bahana terlalu banyak membaca kisah cinta "islamik". Bukan tidak boleh, tetapi jangan sampai melalaikan diri sendiri seperti apa yang sudah aku lakukan tadi.

Sejak kejadian tempoh hari, aku semakin kerap pula terserempak dengan muslimin tersebut. Boleh dikatakan setiap pagi sebelum ke dewan kuliah, aku pasti akan terlihat dia yang turut sama berjalan untuk ke kuliah pada pagi itu. Aku semakin bingung, bila sahaja terlihat dia, jantungku menjadi-jadi pula debarannya. Aku tidak selesa dengan keadaan ini. Aku tidak selesa dengan perasaan ini.

Aku menjadi semakin suka pada muslimin tersebut apabila kawan-kawanku sering meng'gosip'kan aku dengan muslimin tersebut. Mereka sering memberitahuku yang muslimin tersebut seorang yang sangat pandai dalam pelajarannya, sangat pemalu dan rajin orangya. Dan yang lebih menambahkan perisa kesukaan aku terhadapnya, apabila muslimin itulah yang pernah Kak Ecah beritahuku tempoh hari. Ya, dialah Farhan yang memiliki wajah semirip denganku. Tapi bagiku, wajahnya jauh berbeza dari wajahku.


Aku mula memikirkannya secara serius, antara cinta dan suka, yang mana satu lebih dekat denganku. Secara peribadinya, bagiku cinta dan rasa suka itu ada beza antara keduanya. Cinta padaku satu rasa yang mampu membuatkan diri dibuai pelbagai angan-angan, bak kata orang, tidur tak lena, mandi tak basah. Asyik memikirkan si dia di kala melakukan apa jua aktiviti. Bila terdengar lagu cinta, fikiran pantas teringatkan si dia. Apa pun hanyalah si dia sehingga tidak nampak sekelumit keburukan pun padanya.

Mungkin aku hanya suka pada Farhan. Ya, aku pasti itu! Aku suka akan akhlak dan peribadinya yang sederhana. Aku suka apabila dia pandai menjaga pandangannya. Berjalan tunduk dan tidak banyak berbicara. Bukan hanya dia seorang, malah mana-mana muslimin yang mempunyai akhlak serupa dia juga turut aku suka. Alhamdulillah mujur hanya suka, aku bimbang perasaan ku berubah sampai ke tahap cinta.

Setelah beberapa hari aku memuhasabah diriku, aku kembali 'normal' seperti sedia kala. Aku tidak lagi merasa jantungku berdegup kencang apabila bertemu dengannya. Aku selalu berdoa agar Allah sentiasa menjaga hatiku dan aku belajar untuk lebih menjaga pandanganku. Semuanya bermula dengan pandangan.
Tidak aku nafikan, perasaan berdebar itu sentiasa hadir apabila aku bertemu dengan mana-mana muslimin. Jauh sekali untuk aku katakan yang aku jatuh cinta pada semua muslimin yang ada di situ.

Hari-hari ku berlalu dengan lebih tenang dan bahagia. Aku semakin bijak membahagikan masaku untuk menelaah pelajaran dan bergerak aktif dalam organisasi ku. Malah, aku masih punya waktu untuk bersukan di waktu petang. Apabila aku keletihan menjalani aktiviti seharian, aku selalu ingat akan pesanan Dia yang teristimewa di hati, " apabila kita membantu agama Allah, Allah pasti akan membantu kita kembali ".


Cintaku hanya untuk Allah dan Rasul Nya. Biarpun aku seorang yang mudah suka pada seseorang tetapi aku tidak mudah untuk jatuh cinta pada seseorang dan perkara itu sangat sukar bagiku. Moga Allah sudi memelihara cintaku ini. Aminn..

***


: cerpen ini tidak berkait dengan mana-mana insan termasuk penulis.
: perkara yang nak ditekankan ialah perbezaan antara cinta dan sukamaka terhasillah kisah di atas ini :)


.: Fatin Farhana :.
Ampang, Kuala Lumpur

Sunday, May 20, 2012

wAniTa SoleHah iTu...



Wanita solehah itu,
Yang selalu terjaga tatkala yang lain sedang terlena,
Bermunajat kepada Sang Pemilik Hati dengan setulus jiwa,
Hatinya merintih atas segala dosa & maksiat di dunia,
Tiada yang lain tempat mengadu.


Wanita solehah itu,
Yang sering menyahut seruan dari Nya,
Walau diri terlalu sibuk dengan urusan dunia,
Dia pergi meninggalkannya buat seketika,
Demi bertemu Kekasih abadi.


Wanita solehah itu,
Yang rajin menghiasi waktu dhuha Nya,
Mendirikan solat sunat seikhlas hati,
Demi meraih rezeki dari Sang Kekasih,
Agar dipermudahkan segala urusan dunia.


Wanita solehah itu,
Yang lidahnya basah dengan berzikir,
Tidak ingin merasa diri keseorangan,
Sentiasa rasa Dia di sisi,
Alangkah tenangnya menjalani hidup seharian.


Wanita solehah itu,
Menjadikan malu perisai dirinya,
Agar diri tetap terpelihara,
Dari dipaut nafsu dunia,
Yang sering membawa kepada kebinasaan ummah.


Wanita solehah itu,
Tidak memandang dan tidak dipandang,
Panahan syaitan tiada terduga,
Andai hati sudah terjerat,
Jiwa merana sentiasa berduka.


Wanita solehah itu,
Menjadikan hidup sebagai wadah perjuangan,
Diri bangkit tatkala yang lain rebah,
Dalam melayari bahtera kehidupan,
Kerana Allah & Rasul tetap bersama.


Wanita solehah itu,
Lebih banyak mendengar dari berkata,
Nikmat Pencipta diguna sebaiknya,
Nasihat diberi tiap ketika,
Pada sahabat yang memerlukannya.


Wanita solehah itu,
Menerima ketentuan Nya dengan redha,
Kerana yakin adanya hikmah,
Di sebalik jendela kekecewaan,
Yang hanya sebentar cuma.


Wanita solehah itu,
Terlalu indah untuk digambarkan,
Terlalu sukar untuk diungkapkan,
Bahkan bidadari syurga turut cemburu,
Akan ketinggian akhlak dan peribadinya.


Mampukah aku menjadi dia?
Yang hidup dan mati sepenuhnya ,
Hanya untuk Ilahi tercinta?


Ya Allah, berikan aku kekuatan.
Untuk aku membasuh segala dosaku.
Dosa & maksiat yang tiada terkira.


Berikan aku kesempatan kedua,
untuk berubah menuju Mu kembali.
Meraih cinta Mu yang dahulu aku lupakan.
Ampuni aku ya Allah, Rabbul Izzati.

.: Fatin Farhana :.
Ampang Kuala Lumpur

Monday, March 26, 2012

Semester 1

Assalamualaikum wbt,

Segala puji hanya buat Allah swt dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw (^__^)

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, kini kembali semula, alhamdulillah.
Lama dah tak update blog ni, terkejut bila tengok bilangan 'follower' semakin bertambah, alhamdulillah !

Di sini, ana nak kongsikan cerita mengenai ana dan kawan-kawan di IPTA tempat ana menimba ilmu dan pengalaman. Alhamdulillah ana baru sahaja menamatkan kuliah semester satu pada Disember 2011 yang lepas. Bersyukur sangat atas result yang diperolehi, maklumlah, baru sem satu, subjek belum begitu mencabar :)

Banyak sangat kenangan pahit manis yang telah dilalui, kenapa ana sebut pahit kemudian baru diikuti dengan manis? Kerana..memang itulah lumrah kehidupan, selepas kita harungi pelbagai cabaran dan rintangan, barulah kita temui maharnya yang sangat bernilai. InsyaAllah..

Cabaran yang paling rumit sekali semasa berada di semester satu ialah proses dalam mencari dan megenali kenalan baru. Sangat mencabar, MasyaAllah..! Sehingga suatu saat, ana menangis memikirkannya.

Bukanlah perkara mudah untuk kita mencari sahabat yang sama fikrah dan haluan dengan kita. Kita tidak boleh melihat seseorang dengan hanya melihat pada rupa parasnya, tetapi lihatlah dengan mata hati. Sahabat yang baik adalah sahabat yang setiap kali terlihatkan wajahnya, kita senantiasa teringat pada Allah swt, masyaAllah :)

Kepada pembaca yang sudah pun mempunyai sahabat di sisi, jagalah dan sayangilah sahabat anda sepertimana anda menyayangi diri anda sendiri. Sahabat memang sukar dicari, tetapi sahabat jualah yang paling mudah terguris hati.


Cabaran seterusnya jikalau disebut dihadapan 'senior' pasti merupakan perkara biasa dan sudah menjadi lumrah dalam kehidupan di kampus. Cabaran apabila memiliki 'partner' assignment yang kurang gemar menyiapkan kerja dalam waktu yang cepat. Sifat suka bertangguh itulah yang terkadang begitu menguji kesabaran :(

Dalam situasi ini, ana sarankan supaya jangan sekali-kali memarahi 'partner' tersebut kerana ia boleh memusnahkan persahabatan yang terjalin. Tegurlah dia secara berhikmah, kita membawa imej Islam di dalam diri, maka tunjukkanlah akhlak mulia Rasulullah saw yang telah diajarkan kepada kita.

Sesungguhnya sabar itu indah dan dipandang mulia oleh Allah swt. Sabarlah, sabarlah, sabarlah duhai hati yang berduka. Yakin pasti Allah akan memberikan ganjaran yang sangat indah pada kita. Kan disebalik kesusahan pasti akan datang bersamanya kemudahan. Yakinlah pada janji Allah sahabatku :)

Ana yakin pada janji-Nya dan ana dah rasakan betapa indahnya ganjaran yang Allah berikan ketika itu, Alhamdulillah. Anda bila lagi? Selamat berSABAR ye..:D

Ingatlah, apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah pada ALLAH, bahawa Dia akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak kita jangka.

IPTA, Shah Alam
-Fatin Farhana-

Sunday, March 25, 2012

Sunnah Rasulullah saw

Dengan menyebut Asma Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Saudara dan saudariku seiman yang di rahmati Allah.

Marilah kita semua sama-sama menjaga 7 perkara sunnah Rasulullah yang menjadi amalan setiap hari oleh para sahabat Rasulullah.

Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda:

"Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada suatu hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah; (dan disebutkan diantaranya) seseorang yang berzikir (ingat) kepada Allah dalam kesendiriannya kemudian air matanya mengalir" ( HR. al-Bukhari, Muslim dan lain-lainya )

Adapun ketujuh sunnah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam itu adalah:

1. QIAMUL LAIL ( TAHAJJUD )

Para malaikat memuji dan Allah pun memberikan penghargaan kepada ahli- ahli tahajud dengan mempersembahkan sebuah kamar khusus di Syurga.

Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda:

“Sesungguhnya di syurga itu ada kamar yang sisi luarnya terlihat dari dalam, dan sisi dalamnya terlihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makan orang-orang yang memerlukannya,menyebarkan salam, serta mendirikan sholat tahajud pada saat manusia terlelap dalam tidur malam”.(HR. At Thabrani dan Al Hakim).

Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda:

“Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyanglah malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya.”

(Hadis hasan sahih riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda:

“Hendaklah kamu berqiamullalil. sesunguhnya qiamullail ini gaya hidup orang2 yang solih, mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa2 dan menegah diri dari maksiat.” (Hr Hakim)

2. MEMBACA AL-QUR’AN SETIAP HARI

Sahabatku sekalian yang dikasihi Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya kita membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Sahabatku di antara ciri khas atau keistimewaan yang dimilki Al-Qur’an dapat memberi syafa’at pada hari kiamat pada orang yang membacanya, mengkajinya,

Hadits yang diriwayatkan Abi Umamah al, Bahimah, bahwa

Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda:

Baca Al-Qur’an, ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepadanya” (HR Muslim)

Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda:

Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca,maka dia mendapat pahala ganda. (Muslim)

Firman Allah SWT maksudnya;

“Dan apabila kamu membaca Al-Qur’an,Kami jadikan antaramu dan orang yang tidak beriman kpada hari akhirat itu,suatu dinding yang tertutup”(surah al-Israa 45)

3. SENTIASA SENANG DI MASJID

Sahabatku yang di rahmati Allah.

Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

“Barangsiapa yang bersuci dari rumahnya kemudian berjalan ke salah satu rumah dari rumah-rumah Allah Subhanahu wa Ta’ala (masjid) untuk menunaikan salah satu kewajiban dari kewajiban-kewajiban Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka kedua langkahnya salah satunya akan menghapus dosa dan langkah yang lainnya akan mengangkat derajat.” (HR. Muslim)

Begitu pula disebutkan dalam sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

“Barangsiapa menuju masjid pada waktu siang hari atau malam hari maka Allah Subhanahu wa Ta’ala akan memberikan jamuan hidangan baginya di surga pada setiap siang dan malam.” (HR. Muslim)

Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda:

Barangsiapa yang duduk di dalam mesjid, maka sesungguhnya ia sedang duduk-duduk bersama Allah. Maka sudah sepantasnyalah baginya untuk tidak berbicara kecuali pembicaraan yang baik. (Said bin al-Musayyib)

Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda:

"Sesiapa yang pergi masjid hanya untuk mempelajari kebaikan atau mengajar dia dapat pahala ibarat orang yang buat haji secara sempurna.[Al-Mu'jam At-Tabarani]

4. JAGA SHALAT DHUHA

Kunci rezeki terletak pada sholat dhuha.

Di antara keutamaannya, shalat Dhuha dapat menggantikah kewajiban sedekah kepada keseluruhan persendian diri kita.

Dari Abu Dzar, Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam bersabda,

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى

“Pada pagi hari diharuskan bagi seluruh persendian di antara kalian untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih (subhanallah) bisa sebagai sedekah, setiap bacaan tahmid (alhamdulillah) bisa sebagai sedekah, setiap bacaan tahlil (laa ilaha illallah) bisa sebagai sedekah, dan setiap bacaan takbir (Allahu akbar) juga bisa sebagai sedekah. Begitu pula amar ma’ruf (mengajak kepada ketaatan) dan nahi mungkar (melarang dari kemungkaran) adalah sedekah. Ini semua bisa dicukupi (diganti) dengan melaksanakan shalat Dhuha sebanyak 2 raka’at.”

5. BERSEDEKAH SETIAP HARI

Sahabatku Allah sangat menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat selalu mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.

Firman Allah subhanahu wata’ala artinya, “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabbmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat ihsan (muhsin).” (QS. Ali Imron: 133-134)

Perhatikanlah Firman Allah subhanahu wata’ala artinya, “Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu, dengarlah dan taatlah; serta nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS. At-Taghabun: 16)

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berikut ini, “Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya.” Beliau menyebutkan salah satunya adalah seorang yang bershadaqah secara diam-diam (sembunyi), sehingga apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya tidak diketahui oleh tangan kirinya. (Muttafaqun ‘Alaihi)

6. MENJAGA WUDHU TERUS MENERUS

Beberapa hadits dibawah ini yang menerangkan tentang keutamaan wudhu

A. Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda:

Barangsiapa berwudhu dengan baik keluarlah dosa-dosanya dari jasadnya sampaipun dari bawah kuku-kukunya. (HR. Muslim)

B. Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda:

Seorang yang selesai berwudhu dengan baik lalu mengucapkan dua kalimat syahadat, maka akan terbuka baginya pintu-pintu surga yang delapan dan dia dapat memasuki pintu yang mana saja dia kehendaki. (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

C. Umatku akan tampil pada hari kiamat dengan wajah bersinar, tangan serta kakinya berkilauan dari bekas-bekas wudhu. (HR. Ahmad, Bukhari dan Muslim)

D. Allah menyayangi hamba yang berwudu’.

Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.

E. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam Bersabda :

Apabila Roh seseorang hamba di cabut dalam keadaan berwudhu,maka akan dituliskan baginya mati Syahid. (HR.Ad-Dailami) dan banyak lagi,

7. AMALKAN SELALU ISTIGFAR

Sabahabatku ber istighfarlah selalu sebab masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.

Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda:

"Barangsiapa yang mengingat Allah kemudian dia menangis sehingga air matanya mengalir jatuh ke bumi niscaya dia tidak akan diazab pada hari kiamat kelak"

(HR. Al-Hakim dan dia berkata sanadnya shahih)

Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda: "Tidak akan masuk ke dalam api neraka seseorang yang menangis karena takut kepada Allah hingga air susu ibu (yang sudah diminum oleh anaknya) kembali ke tempat asalnya" ( HR.at-Tirmidzi )

SELAMAT BERAMAL SEMOGA ADA MANFAATNYA INSYA ALLAH WASSALAM