“Hisyam..!”
Suara Nisa kedengaran di tengah hiruk-pikuk manusia yang sedang sibuk menguruskan hal masing-masing. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, tidak pernah sunyi dengan kehadiran manusia. Barangkali, kali ini lebih padat kehadirannya. Nisa menoleh ke kiri dan ke kanan. Wajah comel itu hilang dari pandangannya dalam sekelip mata.
“Ish, mana Hisyam ni. Tadi ada ja kat sebelah aku”. Nisa berjalan mengelilingi kedai buku di situ. Tiba-tiba lengannya terlanggar beberapa buah buku yang disusun tinggi di tepi sudut kedai. “Allahu Akbar! Alamak, tak sengaja”. Nisa pantas merendahkan posisi badannya bagi memudahkannya untuk mengangkat semula buku-buku tersebut.
Ketika Nisa sedang sibuk mengangkat buku-buku yang jatuh itu, ada satu tangan datang menghulurkan bantuan tanpa dipinta. Pemuda tersebut tekun mengangkat buku-buku tersebut sambil matanya tetap memandang ke arah lantai.
Suara Nisa kedengaran di tengah hiruk-pikuk manusia yang sedang sibuk menguruskan hal masing-masing. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, tidak pernah sunyi dengan kehadiran manusia. Barangkali, kali ini lebih padat kehadirannya. Nisa menoleh ke kiri dan ke kanan. Wajah comel itu hilang dari pandangannya dalam sekelip mata.
“Ish, mana Hisyam ni. Tadi ada ja kat sebelah aku”. Nisa berjalan mengelilingi kedai buku di situ. Tiba-tiba lengannya terlanggar beberapa buah buku yang disusun tinggi di tepi sudut kedai. “Allahu Akbar! Alamak, tak sengaja”. Nisa pantas merendahkan posisi badannya bagi memudahkannya untuk mengangkat semula buku-buku tersebut.
Ketika Nisa sedang sibuk mengangkat buku-buku yang jatuh itu, ada satu tangan datang menghulurkan bantuan tanpa dipinta. Pemuda tersebut tekun mengangkat buku-buku tersebut sambil matanya tetap memandang ke arah lantai.
“Eh, kenapa aku macam pernah nampak je muka dia ni?.” Nisa bermonolog dalam hatinya. Dia seakan pernah melihat wajah itu suatu ketika dahulu. Berkopiah putih dan bercermin mata.
Tiba-tiba bibirnya meluncur laju menyebut....“Khairul!”.
Pemuda
bercermin mata itu lantas mengangkat pandangannya akibat terkejut apabila
namanya disebut. “Err, enti ni siapa ya? Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?”
Tanya pemuda tersebut. Nisa memarahi dirinya kerana tersasul sebegitu rupa. Dia
dapat merasakan darah malunya memecut laju naik ke pipinya. “Err, maaf. Enta ni
Khairul kan? Dari sekolah SMA Persekutuan, 3 tahun yang lepas?” Tanya Nisa
kembali untuk mendapatkan kepastian.
“Na’am.
Nama ana Khairul. Bekas pelajar SMA Persekutuan, 3 tahun yang lepas. Tapi, enti
ni siapa?” balas Khairul. Dia sukar mengecam gadis dihadapannya itu. Wajahnya terlindung
di sebalik purdah coklat yang dipakainya. Agak sukar bagi Khairul untuk
mengingati wajah akhowat-akhowat di zaman sekolahnya dahulu. Dahulu, dia seorang
yang sangat pemalu, memandang wajah akhowat sahaja boleh mendatangkan debar di
dadanya. Kini, perasaan malu itu dapat diselaraskan sebaik mungkin. Setelah 2
tahun memasuki alam universiti, dia semakin bijak mengawal perasaanya ketika bertemu
dengan para muslimat di kampusnya.
Nabi Muhammad saw juga bersabda:
“Pandangan adalah panahan beracun daripada panahan iblis.
Sesiapa yang menundukkan pandangannya daripada kecantikan wanita maka Allah mewariskan di hatinya kemanisan yang dimilikinya hingga hari bertemu denganNya.”
Sambil
tersenyum Nisa menjawab pertanyaan Khairul, “Nama ana Nisa. Khairun Nisa,
pelajar yang berpindah masuk ke kelas enta semasa di Tingkatan 5”. Khairul
dengan riak wajah yang terkejut terus teringat akan nama tersebut , “Allahu Akbar! Nisa. Insha-Allah ana masih ingat.”
Mana mungkin dia melupakan satu nama yang
pernah membuatkan dia hampir bergaduh besar dengan sahabat karibnya, Naim.
Khairul terus membetulkan posisi badannya begitu juga Nisa setelah mereka berdua
selesai mengangkat dan menyusun buku-buku tersebut kembali ke tempatnya yang
asal.
“Ya
Allah! Hisyam! Eh, Khairul. Ana minta diri dulu ya. Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh”. Nisa lantas berpaling dan berlalu pergi mencari
Hisyam yang hilang sebentar tadi. Khairul hanya memandang Nisa sambil
mengerutkan dahinya melihat Nisa yang hanya berlalu pergi dan tenggelam dalam
kesesakan manusia di situ. “Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, ma’as
salamah. Tak sangka aku dapat jumpa Nisa kat sini, Maha Suci Allah atas segala
ketentuan-Nya”. Bisik hati kecil Khairul sambil membetulkan kedudukan beg galas
di bahu kanannya.
Dari
jauh kelihatan dua wajah tua yang kian di mamah usia. Nisa berjalan pantas
mendapatkan Papa dan Mamanya. “Mama, Papa. Ada nampak Hisyam tak? Nisa terlepas
pandang tadi masa tengah belek-belek buku”, tanya Nisa dengan nafas yang turun
naik akibat teralu cemas. Wajah Nisa yang cemas dan termengah-mengah sehingga
kelihatan tompok peluh di dahinya menimbulkan rasa pelik di wajah kedua-dua
orang tuanya. Mama dan Papa saling berpandangan sambil mengerutkan dahi mereka.
Papa lantas menjawab sambil mengarahkan jari telunjuknya kearah satu tempat,
“Tu…ada dekat kakak kamu”. Nisa memalingkan wajahnya memandang kearah yang
dimaksudkan.
Kelihatan Hisyam sedang
sibuk bermain dengan adik kembarnya, Hasyim.
Hisyam dan Hasyim yang baru berusia 4 tahun merupakan anak buahnya yang
sangat ceria dan aktif. Sentiasa mengembirakan hati orang sekeliling yang
mendekatinya. “La, Subhanallah budak kecik ni..”, Nisa menghelakan nafasnya.
Walaupun rasa risaunya masih belum hilang, namun dia bersyukur ke hadrat Ilahi
kerana tidak berlaku perkara yang tidak diingininya. Bimbang juga jika anak
buahnya itu hilang di celahan orang ramai yang ada di situ.
“Ok lah Papa, Mama. Nisa
nak bergerak ke Balai Pelepasan dah ni”, sambil melirik jam tangan di tangan
kanannya. Jam sudah pun menunjukkan pukul 9.15 malam. Penerbangannya dijadualkan akan
berlepas pada jam 10 malam. Nisa mengambil beg galasnya dan beberapa buah beg
yang lain untuk dibawa ke tempat penyimpanan barang. Ahli keluarganya yang lain
juga turut sama membantu.
Di sudut yang lain,
Khairul dan Naim sedang bersalam-salaman bersama ahli keluarga masing-masing.
Suasana di Balai Pelepasan itu seakan hiba seketika. Ramai yang menitiskan air
mata terutama golongan ibu yang berjiwa lembut. Sukar untuk melepaskan
anak-anak pergi merantau ke negara orang, pelbagai kebimbangan datang menerjah.
Tetapi, apabila keyakinan telah dipasakkan kepada Allah swt, segalanya menjadi mungkin.
Khairul dan Naim memeluk
erat kedua orang tua mereka. Pelbagai nasihat disampaikan dengan harapan yang mereka berdua menjadi insan yang berguna untuk agama dan kehidupan setelah
pulang ke Malaysia kelak. Bahkan, pulangnya nanti sebagai hamba Allah swt yang tidak
megah dengan ilmu yang dimiliki. Khairul dan Naim juga turut menitiskan air
mata kerana tidak dapat menahan sebak di hati tetapi pantas menyekanya kembali. Akhirnya, mereka berdua bergerak ke Balai Pelepasan, KLIA untuk meneruskan perjalanan.
Bersambung..
p/s: sambungan cerpen couple islamik
Fatin Farhana Bt Muntasir
Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Bersambung..
p/s: sambungan cerpen couple islamik
Fatin Farhana Bt Muntasir
Wangsa Maju, Kuala Lumpur