Followers

Monday, March 26, 2012

Semester 1

Assalamualaikum wbt,

Segala puji hanya buat Allah swt dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw (^__^)

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi, kini kembali semula, alhamdulillah.
Lama dah tak update blog ni, terkejut bila tengok bilangan 'follower' semakin bertambah, alhamdulillah !

Di sini, ana nak kongsikan cerita mengenai ana dan kawan-kawan di IPTA tempat ana menimba ilmu dan pengalaman. Alhamdulillah ana baru sahaja menamatkan kuliah semester satu pada Disember 2011 yang lepas. Bersyukur sangat atas result yang diperolehi, maklumlah, baru sem satu, subjek belum begitu mencabar :)

Banyak sangat kenangan pahit manis yang telah dilalui, kenapa ana sebut pahit kemudian baru diikuti dengan manis? Kerana..memang itulah lumrah kehidupan, selepas kita harungi pelbagai cabaran dan rintangan, barulah kita temui maharnya yang sangat bernilai. InsyaAllah..

Cabaran yang paling rumit sekali semasa berada di semester satu ialah proses dalam mencari dan megenali kenalan baru. Sangat mencabar, MasyaAllah..! Sehingga suatu saat, ana menangis memikirkannya.

Bukanlah perkara mudah untuk kita mencari sahabat yang sama fikrah dan haluan dengan kita. Kita tidak boleh melihat seseorang dengan hanya melihat pada rupa parasnya, tetapi lihatlah dengan mata hati. Sahabat yang baik adalah sahabat yang setiap kali terlihatkan wajahnya, kita senantiasa teringat pada Allah swt, masyaAllah :)

Kepada pembaca yang sudah pun mempunyai sahabat di sisi, jagalah dan sayangilah sahabat anda sepertimana anda menyayangi diri anda sendiri. Sahabat memang sukar dicari, tetapi sahabat jualah yang paling mudah terguris hati.


Cabaran seterusnya jikalau disebut dihadapan 'senior' pasti merupakan perkara biasa dan sudah menjadi lumrah dalam kehidupan di kampus. Cabaran apabila memiliki 'partner' assignment yang kurang gemar menyiapkan kerja dalam waktu yang cepat. Sifat suka bertangguh itulah yang terkadang begitu menguji kesabaran :(

Dalam situasi ini, ana sarankan supaya jangan sekali-kali memarahi 'partner' tersebut kerana ia boleh memusnahkan persahabatan yang terjalin. Tegurlah dia secara berhikmah, kita membawa imej Islam di dalam diri, maka tunjukkanlah akhlak mulia Rasulullah saw yang telah diajarkan kepada kita.

Sesungguhnya sabar itu indah dan dipandang mulia oleh Allah swt. Sabarlah, sabarlah, sabarlah duhai hati yang berduka. Yakin pasti Allah akan memberikan ganjaran yang sangat indah pada kita. Kan disebalik kesusahan pasti akan datang bersamanya kemudahan. Yakinlah pada janji Allah sahabatku :)

Ana yakin pada janji-Nya dan ana dah rasakan betapa indahnya ganjaran yang Allah berikan ketika itu, Alhamdulillah. Anda bila lagi? Selamat berSABAR ye..:D

Ingatlah, apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah pada ALLAH, bahawa Dia akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak kita jangka.

IPTA, Shah Alam
-Fatin Farhana-

No comments:

Post a Comment