Followers

Monday, July 7, 2014

Kuasa Sebuah Doa



Alhamdulillah baru-baru ni berpeluang mendengar tazkirah daripada seorang ustaz. Dalam perkongsian tersebut, beliau berkongsi sebuah hadis yang menyebut tentang 3 perkara yang tetap kekal setelah kita mati iaitu; ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain, sedekah jariah dan doa dari anak yang soleh.

Mengenai doa dari anak yang soleh ni ustaz tu kongsikan sebuah cerita. Dulu, semasa beliau belajar di pondok, pelajar-pelajar pondok sering dijemput untuk melaksanakan solat jenazah di kampung-kampung.

Pada suatu ketika, ada seorang jenazah yang meninggal dunia asbab kemalangan jalan raya. Semasa ingin memulakan solat jenazah, ada seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 13 tahun yang datang dan meminta izin kepada imam di situ untuk menjadi imam bagi solat tersebut. Dia adalah anak kepada jenazah tersebut. Lalu solat jenazah dilaksanakan, ketika doa dialunkan, ramai jemaah dibelakang yang menitiskan air mata mendengar doa-doa tersebut. Antara doanya;

"Ya Allah, jenazah yang ada di hadapanku ini adalah ayahku. Kau ampunkanlah segala dosa-dosa dia ya Allah, walaupun dia bukan orang yang baik, Kau ampunkanlah dosa-dosa dia ya Allah.."

Adik tersebut mengulang-ulang doanya beberapa kali sambil menangis. Tergamakkah Allah menolak doa-doa tersebut? Sudah tentu tidak. Allah Maha Pengampun. Inilah doa daripada anak yang soleh. Mampu menyembahyangkan jenazah ayahnya. Berapa ramai antara kita yang mampu laksanakan solat jenazah untuk ibu dan ayah kita sekiranya mereka meninggal dunia? Berapa ramai antara kita yang mampu memandikan jenazah ibu dan ayah kita?

Suasana dalam surau waktu tu sangat syahdu.

Ustaz tu tambah lagi, katanya orang yang zalim adalah apabila dia berdoa tetapi doanya hanya untuk dirinya sendiri. Dia tak doakan ibu dan ayah dia, dia tak doakan jiran tetangga dia *ni sering kali kita lupa, walhal jiran adalah antara yang paling dekat dengan kita bila kita ditimpa musibah*, dia tak doakan untuk saudara seagama dia yang sedang ditindas kat luar sana dan seumpamanya.

Berdoalah dengan sebanyak-banyaknya lagi-lagi di bulan yang mulia ni yakni bulan Ramadan. Tidak ada hijab antara kita dan Allah. Beliau tambah lagi, sekiranya doa yang kita minta tidak dimakbulkan oleh Allah swt, insyaAllah pasti Allah akan berikan doa tersebut kepada anak cucu kita atau generasi-generasi kita yang akan datang. Maka berdoalah!

Setiap doa yang kita pohonkan, letakkan keyakinan setingginya kepada Allah swt. InsyaAllah Allah pasti akan perkenankan. Dulu masa belajar diploma, saya demam teruk masa tengah jawab peperiksaan akhir. Ingat lagi waktu tu exam subjek kira-kira, pagi. Masuk dewan exam, dah duduk dalam beberapa minit, baru sedar yang saya tertinggal kalkulator. Angkat tangan untuk panggil pengawas yang bertugas, mereka kata mereka tak sediakan kalkulator lebih. Kalut sangat dah waktu tu.

Habis menggeletar tangan masa nak jawab. Mula-mula rasa macam dah tak ada harapan nak lulus asbab subjek tu fully kira-kira dan antara subjek yang mencabar jugak lah. Dalam kertas exam tu, cuma tulis formula, dan masukkan segala apa yang diberi ke dalam formula. Yang tak ada cuma jawapan sahaja. Masa tu memang mengharapkan ada markah untuk setiap formula dan jalan kira walaupun tanpa jawapan.

Tak kurang dalam 10 minit terakhir tu, angkat tangan lagi sekali. Minta pengawas pinjamkan kalkulator kat kawan kelas. Alhamdulillah kawan tu pun dah selesai jawab. 10 minit terakhir tu tekan selaju mungkin, hehe. Tak sempat pun nak buat 'double check'. Masa pun tamat. Rasa macam nak menangis pun ada, otw nak balik bilik tu telefon abah dulu bagitahu yang saya lupa bawa kalkulator. Minta tolong dia doakan untuk lulus ja. (T_T)

Sejak dari hari tu, saya mula tak putus-putus doa kat Allah swt semoga lulus dalam subjek tu. Tak kira doa lepas solat ke, doa masa tengah buat kerja lain ke, doa ja tak henti. Doa mintak kat Allah supaya bagi lulus. Finally, Allah bagi jugak lulus tu. Alhamdulillah walaupun macam tak sangka boleh lulus! Allahu akbar. Allah sudi jugak nak bagi lulus tu walaupun kawan-kawan yang lain ramai yang gagal subjek tu. Ya Allah, tak terkata. Lulus pun dah syukur. :')

Saya tak pandai tapi Allah nak bagi. Alhamdulillah kuasa sebuah doa dan yakin dengan janji Allah. :)


Fatin Farhana
Ampang, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment