Mee kuning
Bawang putih
Bawang merah
Cili kisar
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Sos kicap
Buah tomato
Sayur sawi
Sayur taugeh
Tauhu
Sotong
Udang
Bebola ikan
Fishcake
Cili merah
Cara memasak:
Mulakan dengan basmalah dan selawat ke atas Rasulullah saw
1. Tuang minyak ke dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk bersama cili kisar.
2. Tuangkan sos tiram, sos tomato dan sos cili ke dalam kuali dan tambahkan sedikir air (1 mangkuk kecil).
3. Kemudian masukkan sotong dan udang yang telah dipotong. Nak guna daging atau ayam pun boleh:)
4. Teruskan menggaul dan masukkan sedikit gula.
5. Masukkan potongan bebola ikan, fishcake, tauhu dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan sayur sawi atau apa-apa sayur yang diminati. Biasanya guna sawi.
7. Terus masukkan mee kuning yang telah dibersihkan
8. Balikkan mee dan bahan-bahan secara perlahan supaya mee tak mudah hancur
9. Kemudian tambahkan sos kicap untuk menambahkan warna dan rasa.
10. Tambahkan sedikit air untuk melembutkan mee kuning
11. Akhir sekali, masukkan buah tomato dan sayur taugeh. Balik-balikkan.
12. Masukkan cili merah yang telah diptong.
Akhiri dengan lafaz Alhamdulillah :)
Hasilnya:
Mee Goreng Basah RH |
Tips:
1. Gaul mengikut arah lawan jam
2. Zikir selalu
3. Hati mesti ikhlas tanpa marah-marah
Fatin Farhana
Ampang, Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment