Followers

Sunday, May 4, 2014

Sayonara Shah Alam & Hakikat Tarbiyah di Politeknik Osem

Assalamu'alaikum wbt,

*toleh kanan, toleh kiri sambil pandang diri sendiri kat depan cermin.. Eh! dah tamat diploma lah, pheww~

Alhamdulillah 3 tahun berlalu..who knows? i'm 21 years old already :) Macam tak sangka ja kan, tapi tu lah kenyataannya. 

Shah Alam, sebuah bandar yang penuh dengan memori buatku sebagai mahasiswi peringkat diploma. Dari mula hari pertama sampai, dah boleh sesat tak jumpa celah mana Politeknik Shah Alam. Habis terlajak sampai kat kawasan kilang-kilang. Dan kini, selepas hampir 3 tahun di Shah Alam, perjalanan pulang dari Masjid Negeri pun failed lagi. Pergi pandai balik tak reti. Yep, my bad on remembering the road!

Siapa tahu, politeknik yang hanya dipandang 'sebelah mata' oleh sesetengah pihak ini (mungkin mereka belum tahu lagi) menjadi batu loncatan untuk diriku menyertai proses Dakwah & Tarbiyah di sana. Masa mula-mula sampai poli, macam yakin tak yakin ja wujud badan dakwah yang osem macam yang kat universiti-universiti tempat lain. Ye lah, politeknik kan..pfftt~ apa lah sangat belajar di politeknik ni, tempat student macam kami yang belum ada rezeki nak jejak ke universiti. 

But, only Allah knows why we are at here (polytechnic) .. :)

Tak semua student yang masuk politeknik ni tahap SPM dia 'low', alhamdulillah masih ramai lagi sahabat-sahabat di sana yang rate SPM diorang cecah 5A hingga 8A, dan yang paling syiok sekali kat sana kami banyak belajar tentang kemahiran teknikal berbanding teori. Pada usia 20 tahun, kami dah masuk alam pekerjaan sebagai pelajar praktikal selama hampir 6 bulan dan ianya sangat lah osem dapat kenal dengan orang yang lebih dewasa dan berpengalaman daripada kami. Alhamdulillah.

Berbalik pada proses DnT di sana, pada mulanya memag payah nak jumpa kalau diri kita sendiri tak mencari. Di politeknik, saya banyak belajar macam mana nak 'survive' sorang-sorang baik dari urus diri sampailah nak 'urus' orang lain. Hehe. Alhamdulillah proses nak urus diri lebih senang daripada 'urus' orang lain, walaupun ada lah jugak 'homesick' masa awal-awal dulu, al-maklumlah tak pernah tinggal jauh dari mak ayah, heh. Demam sampai berminggu-minggu, sakit tekak tak yah cakap~ sampai parents naik risau. 

Nak cerita DnT, jauh benor melencongnye -_-''

Pendek cerita, masa mula-mula kenal group usrah yang betul-betul osem ni masa dah nak masuk pertengahan semester 3; dapat naqibah dari 'luar'. Sistem usrah yang sistematik dan pengisiannya yang menyentap jiwa, fuuhh~ masa tu macam 'kanak-kanak' lagi, pergi usrah nak tak nak ja, bukan main payah lagi nak istiqamah (berterusan) & bagi commitment pada naqibah. Macam-macam kata semangat dah tiup kat dalam diri, "ya Allah, aku pergi usrah ni kerana Engkau, *dalam kepala* assignment banyak tak siap lagi, eh! kerja yang naqibah bagi tak buat lagi.."~ jumpa naqibah, muka berkerut-kerut. Naqibah tengok kite pun tak tenang. Lagi rasa nak pengsan bila time isi borang mutaba'ah ibadah :p Dengan tahajudnye, ma'thurat, solat jemaah, puasa sunat, sedekah etc.. wahai! 




At last, masa di penghujung semester 3, barulah nak bagi commitment sepenuhnya kat naqibah. Masa tu baru sedar yang diri ni pikul tugas yang besar untuk masyarakat kat luar sana. Untuk ummah yang sedang tenat :'( Alhamdulillah Allah bagi saya kesedaran ini, moga ia tak terlambat.

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya". 
(Ali Imran: 104)


 After that, rasa perubahan yang sangat besar berlaku dalam diri. Pengurusan masa jadi lebih teratur, tak banyak dah kerja bilik dan assignment yang tertangguh, terasa setiap masa yang berlalu adalah terlalu berharga untuk disia-siakan, pelajaran lebih mudah difahami berbanding menghafal, tak wujud lagi masalah kewangan, sedar diri yang amanah sebagai ahli jawatankuasa dakwah bukan lagi sekadar gelaran tapi ia adalah amanah yang perlu dilaksanakan dan pendek kata 'usrah dan commitment' itu memberi impak yang sangat luar biasa. Terasa lambaian tilam dan bantal yang lembut tu wujud bila dah jam 2 pagi ja.

Masa tu, bila rasa lemah dan lelah sangat, selalu bisik kat dalam hati, 
"Sabarlah, rehat puas-puas kat Syurga nanti.."  

Nak jadi Dai'e tak boleh bagi banyak alasan, orang yang berjaya tak suka bagi alasan kerana masalah yang datang bukan asbab orang atau benda di sekeliling, tapi salah diri sendiri. Diri yang tak pandai urus masa. Kadang rasa macam dah manfaatkan masa dengan sebaiknya, tapi masih lagi tak sempat nak buat yang 'ini' yang 'itu'.. Allah, cuba tengok balik diri guna kanta pembesar. -_-''

Dari usrah, saya mula mengenali frasa-frasa jaulah, rehlah, halaqah dan banyak lagi word yang osem dengan aktiviti yang superb osem! Allahu akbar. Tapi, dalam semua ni, cabaran dan dugaan sentiasa mengiringi setiap derap langkah yang dibuat. Biasalah, tak seronok hidup ini tanpa ujian dari Dia :) Ujian kan tanda Allah sayang kat kita. Nak rasa seronok ni mudah ja walaupun hakikatnya susah, hadirkan ke IKHLAS an dalam hati. Buat kerja dakwah, semua kerana Allah, bukan kerana manusia. 

Kalau nak cerita bab usrah, memang panjang berjela, insyaAllah akan dikongsikan di 'entry' yang akan datang. Biidznillah!

Sungguhlah terlalu banyak kenangan di politeknik. Moga Allah redha dengan perkongsian ini. 




Fatin Farhana Bt Muntasir
-Ampang, Kuala Lumpur-



No comments:

Post a Comment